Jika Tuhanku bertanyakan kepadaku..
kala itu..Matahari sedang meninngi...saat itu aku terbaca satu syair yang menyentap diri.. mari aku kongsikan kepada kalian..agar sama2 kita peroleh sesuatu seperti Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah..
Jika Tuhanku bertanyakan kepadaku..
Tidak malukah kau bermaksiat kepada-KU ?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-KU..
dan datang padaku dengan penuh dosa..
Bagaimanakah aku nak jawab duhai diriku yang malang?..
Dan siapalah yang dapat menyelamatkanku....?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati...
dan apa yang berlaku selepas aku dikafankan..
Seolah-olah aku telah dijamin hidup untuk selama-lamanya..
seakan mati tidak akan menemuiku..
Dan telah datang kepadaku Sakaratulmaut yang Ngeri....
Nah! siapa sekarang yang mampu melindungiku?..
Aku melihat pada wajah-wajah....
Apakah ada daripada mereka yg akan menebusku...?
Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan
di dunia untuk menyelamatkan diri ini..?
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku
mengabaikan urusan agama agamaku..?
Celakanya aku!
Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?!
Adakah aku tidak mendengar apa yang telah diberitakan
Adakah aku tidak dengar perihal hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari qiyamah?
Adakah aku tak dengar panggilan
ajal maut, menyeru dan menjemputku?
Maka Ya Rabb!
seorang hamba datang bertaubat,
siapa yang dapat melindunginya...?
Melainkan Tuhan yang Maha luas pengampunan-Nya
dan yang membimbingku pada kebenaran..
Aku telah datang kepada-MU..
Maka kasihanilah daku..
dan berakan timbangan (kebaikan) ku...
dan ringankan (percepatkan) hisabku..
kerna Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban..
# Syair ini telah membuatkan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah menangis apabila mendengar 2 bait pertama Syair ini.. Moga-moga ianya juga menjadi momentum ke arah muhasabah dan perubahan diri kita semua.. insyaALLAH..
KalamsiMiskin
Kubang Kerian
KalamsiMiskin
Kubang Kerian
Comments
Post a Comment