Tuesday, 15 July 2014

Mengenali perbezaan Yahudi, Bani Israel, Judais, Zionist dan Ortodoks

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pembaca sekalian...

Bermula pada awal Ramadhan yang lalu...masyarakat di seluruh dunia digemparkan dengan sekali lagi serangan yang dilakukan oleh puak Yahudi Zionist Laknatullah ke atas rakyat Palestin...Namun, setelah itu sekali lagi masyarakat dunia khususnya Yahudi di Israel terkejut dengan serangan balas yang tidak dijangka oleh tentera Al-Qassam Palestin yang nyata lebih maju berbanding 10 tahun lepas dengan tidak ada teknologi canggih dan disekat segala keperluan persenjataan ..akan tetapi masih mampu membuat senjata dan menggegarkan bandar2 haram mereka... Mudah2han mereka terus kuat dalam pertempuran mereka dan mudah2han hancurlah keseluruhan puak2 Yahudi Zionis yang zalim itu. Amiin...

Namun..tatkala masyarakat kita mendengar tentang isu ini....ternyata masih ramai yang keliru dengan istilah-istilah yang digunakan khusunya yang berkaitan dengan Yahudi, Bani Israel , Zionist dan Ortodoks... Oleh itu, saya sediakan sedikit definisi mudah bagi memahami akan istilah - istilah ini...


YAHUDI :- Yahudi adalah suatu bangsa bukan agama sepertimana yang disangka ramai orang. Sebutan Yahudi berasal dari perkataan Yahuza. Yahuza adalah nama salah seorang daripada 12 orang anak Nabi Yaakub. 

Nabi Ibrahim ---> Nabi Ishak ---> Nabi Yaakub ----> Yahuza dan 11 yg lain termasuk Nabi Yusuf


BANI ISRAEL :- Bani Israel adalah suatu istilah yang digunakan oleh bangsa Yahudi untuk malabelkan mereka sebagai anak-anak israel yakni anak-anak kepada Nabi Yaakub a.s

JUDAIS :- Judais adalah suatu agama bagi bangsa Yahudi ...namun harus diketahui tidak semua yang berbangsa Yahudi itu menganut agama Judais, ade juga islam, hindu, kristian dan sebagainya. juga disebut sebagai Yehudah atau Yahedut oleh penganut mereka manakala dlm bahasa Latin disebut Ludaismus.

ZIONIST :- Zionist adalh sebuah fahaman atau gerakan dan ia bukanlah suatu agama. Gerakan ini telah wujud pada 1917 dalam menggerakkan semangat Israel dan telah menjadi sebuah pertubuhan yang menjadi musuh azali ummat Islam. dan yang memerangi Palestin sekarang adalah Yahudi Zionist. Fahaman Zionis adalah fahaman politik yang berdasarkan kepada kepercayaan ’manusia terpilih’. Ia lebih cederung kepada perjuangan Yahudi bagi menjadi pemerintah dunia dan mewujudkan sebuah kerajaan agung. Berdasarkan matlamat itu mereka mempergunakan sesiapa sahaja dan apa jua sumber yang tersedia bagi mereka. Fahaman Zionis dikatakan bermula sejak berabad lalu berikutan tiada sebuah Negara khusus bagi bangsa Yahudi. Perjuangan mereka mula membuahkan hasil selepas Perang Dunia Pertama apabila Britain menempatkan penduduk buangan berbangsa Yahudi itu di bumi Palestin melalui perjanjian Balfour. Selepas itu, kejayaan demi kejayaan mereka capai kea rah merealisasikan matlamat mereka. Bermula dengan perang Dunia Pertama sehingga tercetus beberpa siri peperangan. Antaranya perang Dunia Kedua, Perang Vietnam, Perang Arab Israel, Perang Israel Syria, Perang IraN Iraq, Perang Mujahidin dan Perang Teluk. Semuanya didalangi oleh Yahudi melalui boneka mereka iaitu AS dan Britain.

ORTODOKS :- Yahudi ortodoks juga adalah suatu fahaman. akan tetapi Yahudi Ortodoks agak berbeza dengan Zionist dan bangsa Yahudi Ortodoks adalah satu bangsa yahudi yang dekat degan Umat Islam. Antara persamaan mereka dengan islam adalah fahaman KOSHER iaitu jenis makanan yang halal dan haram. Jika umat Islam mematuhi perintah Allah dalam halal dan haram, mereka juga amat mematuhi halal dan haram.


Kesimpulannya, kaum yahudi Ortodoks ini menolak ideologi NEGARA ISRAEL. Mereka merasakan bahawa tanah yang dijanjikan oleh tuhan kepada mereka telah lama ditolak oleh ALLAH ke atas mereka, atas alasan bahawa kekotoran demi kekotoran nenek moyang mereka yang telah membasahkan darah-darah para Yahudi yang diturunkan kepada mereka.

Disebabkan itu golonan Yahudi Ortodoks mengatakan solidariti mereka ke atas negara Palestine. Mereka juga akan dan selalu berdemonstrasi menentang REJIM ZIONIS yang seringkali menindas umat Islam Palestin.


Rujukan :
Teori Konspirasi Rahsia Simbol Yahudi
Agenda Yahudi menakhluk Dunia



Monday, 14 July 2014

Perjuangan VS Keikhlasan...

Dalam perjuangan...
Kita membutuhkan keikhlasan...

Dalam keikhlasan...
memerlukan pengorbanan....

Dalam pengorbanan...
terdapat pelbagai variasi dan saluran....
ada pengorbannanya adalah wang...
ada pengorbanannya adalah masa....
ada pengorbananya adalah Tenaga...
ada pengorbannya adalah fikirnya...

Ada kalanya pengorbanan itu menyakitkan...
dan juga menyesakkan...

namun,
tidak namanya pengorbanan kalau semuanya indah belaka....

dan Alangkah ruginya...
jika pengorbanan yang penat dan lelah itu..
dicemari dengan rasa riak...
dan mendesak kemasyhuran semata!

Baik perjuangan di medan dakwah, mahupun perjuangan di medan politik, ataupun perjuangan di medan perang ......jangan alpa kerana ianya bakal mengundang sengsara!

Teringat pesanan Almarhum Syeikh Ahmad Yasin kpd anak didiknya para mujahideen supaya menutup wajah mereka dgn kain supaya tidak tercemar dgn rasa riak...krn riak itu akan menangguhkan kemenangan islam dalam perjuangan... Allahu!

Itulah Musyrifahku!

Malam semakin kelam....
ditambah pula dengan susana hening malam....
hanya kedengaran bunyian kipas yang berputar laju di siling malam....

Ahhhh....

Setelah 4 bulan berlalu pergi...

Kerinduanku mula terbit....
wajahnya seakan matahari terbit...
bercahaya terang memancar ke bumi orbit....

Ahh,,,,

Wajah itulah yang membantuku...
menyiapkan kajian yang penuh buntu....

Tegurannya mnerkam kalbu....
bicaranya lembut nan merdu....
wajahnya tawaddhuk sayu...

itulah dia...Musyrifahku!!!

Semoga Allah melindungimu wahai guru...

Wednesday, 8 January 2014

Jemaah dan Sangkaan

Waktu dulu semasa aku di sekolah Menengah...

Kawan2 semua tunggu perhati dan direct bertanya.... "Mu hijau ke biru!?"

haaa... klw hijau kita geng! klw biru kami nak hijaukan dulu pastu baru geng! hehe...

tapi hijau dan biru x bermakna kami bermusuhan... malahan kami faham jika yang biru itu...terjadinya 'kebiruan' dalam hatinya adalah disebabkan latar belakang keluarganya yang juga 'kebiruan'...

Tak kira kaler , kami seiring sejalan... gerakan dakwah sekolah kami gerakkan....usrah mingguan kami uruskan...  akhirnya biasan biru mula tenggelam... keindahan hijau meliputi hati2 yang dulunya biru kini semakin menghijaunya alam...

Lihat ya teman2... ianya memerlukan proses pemahaman yang berterusan... bagi mereka yang tak faham kita kasi perlahan sampai paham... jika belajar quran... harus mengenal dahulu alif ...ba...ta... sebelum sampai ke tahap bacaan qiraat ataupun tarannum yang mendalam... seperti proses berjalan... kanak2 yang baru lahir..mustahil mereka sudah pandai berjalan...harus belajar meniarap dahulu...diikuti merangkak..kemudia bertatih dan berjalan...itulah lumrah manusia... perlu belajar dan faham..

Tiba2.....

pada tahun 2010...

aku memasuki kampus... di kala itu... aku melihat suatu fenomena yang baru... iaitu "Sangkaan Manusia" dan "Kelompok2 Manusia"... Ahhhhhh... ternyata ini semua sangat membingungkan aku... apa tidaknya... Usrahnya pecah2...itu kelompok lain...ini pula kelompok lain.... dan juga aku sering kali dihujani soalan yang sanagt membingungkan benakku iaitu...

"Hang masuk usrah mana?" , "weh..Mu ni join Usrah mano so?"... "Enti..boleh ana tanya..enti dah ada usrah?"...lagi soalan.. "Awak IKRAM ker?".. "Awak ni join PEMBINA eh?".... "mu Abim eh?" ado jgk yang tuduh... "Kau ni SB ke?! ".. ade jgk yang memperkenalkan aku dengan yang lain.. yang tanya elok2 tu takpe lagi... yang jenis sindir dengan mata yang perli tu xleh blahh... "emm kat Kampus, kau join usrah ape ye?"..

weii la ....  rimasnya rasa....

jawapannya...aku buat usrah sendiri...hehehehe

x habis dengan mulut... dihujani pulak dengan mesej melalui henset...x sudah di situ... fesbuk pula masuk campur... nasiblah tak hantar ikut emel.. huii jenuh2...

dan yang paling mendukacitakan... semuanya berpaling tadah... akibat syak wasangka yang berterusan akhirnya semuanya takdak pekdah...  akhirnya semua aku lepassssss..... maaf ye tuan2... tuan2 tak terang secara jelas pun kepada saya yang bdk baru masuk mengenal dunia ni... tahu2.. ini SIRRR ... itu SIRRRR... mana aku tahu klw ni kelab syiah ke ayah pin ke.. ape ke...dah la kat sini femes kot ayah pin tu...huhu..... masuk tahun 2 stengah sikit baru aku kenal sikit2 yang mana sabun yang mana nila...

dan dalam tempoh tu macam2 jenis sangkaan timbul... Allahuakbar...

Dengan Sangkaan rosak perhubungan kita dengan manusia...
Dengan sangkaan juga rosak hubungan kita dengan Allah Taala..

ramai orang yang menggunakan sangkaan dengan alasan berhati2... tetapi anda juga harus beringat agar berhati2lah dalam sangkaan.. !

Sudahlah...jangan menyangka apa2 lagi pada hamba! Yang komfemm Hamba hanyalah seorang MUSLIM yang berusaha menjadi MUKMIN yang baik...

Stay calm n terus fokus dengan matlamat hidup anda...! ^_^ Siru 'ala barokatillah.. ^___^


Meja fantasiku penuh habuk, sarang ankabut!

HaH! Alhamdulillah jadi juga!

oh lupa... Asslamualaikum dan selamat petang ya teman2!

Ahh...lama sudah aku menyepi...
menyendiri meninggalkan dunia blog fantasi...
bukanlah disengajai...
tetapi blogku hilang x boleh dijejaki...

Laptopku trojan menyerang berapi...
sofwareku 'menggila' dengan mimpi negeri...
akhirnya aku berputus angin dengan fantasi..
hanya fesbuk aje yang aku update tidak berhenti....

hehe..

itu sahaja sapaanku untuk hari ini...
semoga di masa free kita jumpa lagi....

p/s : Jangan sedih bila kita tersadung jatuh, tapi sedihlah bilamana kita berputus angin untuk tidak mahu bangkit kembali... ^__^