Thursday, 19 February 2015

Kehidupan ini....

Kehidupan yang kita lalui pada hari ini hanyalah sebuah persinggahan...
Persinggahan yang sangat sebentar...
Sebentar itu jika diformulakan, panjangnya seperti seharian.....
dan dengan seharian itu...ianya amat berharga jika kita sedar untuk menghargainya....

Sering kali kehidupan ini...
kita ibaratkan seperti roda yang berputar-putar....
ada yang laju...ada juga yang perlahan pusingannya...
sering kali ke bawah....kerap kali juga di atas....
begitulah hakikatnya kehidupan... 
penuh mehnah dan tribulasi perjuangan...

Di persinggahan ini...
kita ibarat sebuah BAHTERA....
Yang seringkali dilambung OMBAK meninggi...
Kemudian Dihempas pula teroleng-oleng di lautan bergelora... 

Di kehidupan ini....
Kita sering diajar...tentang AQIDAH....
belajar hidup dengan SYARIAT ISLAMIYAH...
juga belayar pada Lautan HIKMAH....
ditemani dengan semangat HIMMAH...
agar nanti kita temui JANNAH.... 

INSYAALLAH.... 

# Membelai jiwa yang tandus dan kontang... 

Monday, 19 January 2015

Teks MC Program Sentuhan Ramadhan

Assalamualaikum semua...

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai contoh teks pengacara majlis yang saya olah dan guna untuk program-program yang saya kendalikan di kampus... Teks ini saya susun semasa mngendalikan program Kolej Kediaman Kampus semasa Ramadan yang lalu... intipati dalam teks ini kebnyakannya saya ambil daripada internet kemudian saya menyusun semula dalam susunan yang saya mahu... semoga ianya bermanfaat untuk kita semua... siru a'la barokatillah... 




TEKS MC PROGRAM SEINDAH SENTUHAN RAMADHAN

A
Para Hadirin sekalian, Majlis akan dimulakan sebentar lagi, sukacita sekiranya para hadirin dapat mengambil tempat duduk masing-masing.

B
Majlis memohon kerjasama dari tuan2 puan2 serta hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis. Kejasama kalian amatlah kami hargai. Terima kasih.

A
B
Sirih berlipat, sirih pinang, sirih dr pulau mutiara,
Pemanis Kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara

B
Yang Dihormati Barisan Panel Hakim Yang Arif lagi bijaksana, Barisan Ahli Jawatankuasa Program Seindah Sentuhanmu Ramdhan, Yang Diraikan Para peserta seterusnya Hadhirin Hadhirat sekalian…
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh

A
Alhamdulillah, setinggi – tinggi ucapan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan izin serta kasihNya, pada malam yang penuh barokah ini kita dapat melaksanakan Majlis yang penuh bermanfaat iaitu Majlis Pertandingan Tilawah Al-Quran dalam program Seindah Sentuhanmu Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Maklis Kolej Kediaman Unisza 2013. Bagi pihak jawatankuasa pengelola, Majlis mengalu-alukan kehadiran para Juri, peserta dan hadirin – hadirat sekalian.

Bagi memula dan memuliakan Majlis, marilah sama2 kita menadah  tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan kita mendapat rahmat… Oleh itu, sama2lah kita membaca umul furqan al fatihah.

B
Hadirin hadirat sekalian.. Bak kata pepatah melayu..Tak kenal maka x cinta.. sudah kenal!.. kata juri… tolonglah jangan tergila-gila.. oleh itu molek kiranya kami memperkenalkan Juri Kita Yang pertama Yang akan mengadili bahagian Tarannum iaitu orangnya datang dari setiu Terengganu, sudah merangkul banyak kejuaraan di pentas al quran di usia muda…termasuklah Johan MTQ skolah pd tahun 2006 n 2008, Johan MTQ Negeri Peringkat Dewasa2010 n 2011, juga merupakan Johan MTQ peringkat IPT Asean pd tahun 2011, Muncul Johan MTQ peringkat IPT terbuka 2012, dan yang terbaru Muncul Johan MTQ Peladang Peringkat Negeri Terengganu 2013..
Beliau Ialah Saudari Nor Hidayah binti abd Rahman yang juga merupakan pelajar tahun 2 fakulty Reka Bentuk dan perindustrian Unisza.

A
Juri kita yang kedua pula ialah.. Beliau Seorang Hafizah yang dilahirkan di ITQAN , negeri 9 cawangan Darul Quran dalam jurusan DIplomA Tahfiz Al-Quraan wal Qiraat.. berasal dari negeri Nun jauh di hujung sana iaitu Negeri Sembilan Darul Khusus dan sekarang tengah Menyambung Ijazah Sarjana Muda Dakwah di Unisza..

B
Hadirin Hadirat Yang dihormati

    Tak Molek, jika ada Alu tiada lesungnya..
Tak berguna jika ada Dayung, Tiada Perahunya…
    Tak lengkaplah Majlis kita jika hanya ada pengacara…
Tapi tiada pesertanya..

Oleh itu bagi memeriahkan majlis kita …majlis dengan segala hormatnya menjemput peserta pertama iaitu…

Bila peserta habis baca
Terima kasih diucapkan kepada saudari ………………………………………………….. atas bacaannya sebentar tadi.. seterusnya majlis menjemput peserta yang ke- ……………………………….






Selepas tamat semua peserta ,, bagi ruang dan peluang untuk Juri memberi komentar
B
Kini , tibalah kita ke acara yang dinanti nantikan iaitu pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yang Berusaha ………………………………………………………………………….. diiringi oleh …………………………………………………………… untuk menyampaikan amanah kepada para pemenang..

(umum pemenang)

A
Seterusnya dijemput kepada Juri kita Yang pertama Cik Nor Hidayah Abdul Rahman untuk menerima sedikit cendrahati  dari pihak penganjur..

Seterusnya dipersilakan pula Cik Nurul Hidayah Abdul Rahman untuk menerima cendrahati kenang-kenangan dari pengajur..

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para juri kita..

Seterusnya..
b
Dengan berakhirnya upacara penyampain hadiah sebentar tadi, maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Para Pemenang dan Peserta yang bertanding… Yang menang diharapkan terus berpanjangan..yang masih belum menang..jangan risau masih banyak peluang dan ruang untuk anda semua di luar sana..

A
Hadhirin Hadhirat sekalian

Pantun :  Gugur menguning buah Kuini,
                 Menghijau pohon subur dibaja,
                 Majlis kita berakhir di sini,
                Salah dan silap mohon dilupakan saja,..

B
Sambung : Segala Kelemahan harap dimaafi,
                     Segala kerjasama sangat dihargai,
                     Terima kasih sekalung budi,
                     Kenangan nan indah simpanlah di hati,
                     Semoga kita berjumpa lagi…
Kami bagi pihak Ahli Jawatankuasa Program merakamkan ucapan Terima Kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Akhir kata daripada kami.. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.


#Kata Guru...Ilmu yang ada perlu dikongsi...biar tersebar di seluruh Negeri... barulah hidup kita semua diberkati ilahi.... insyaALLAH ^_______^

Berkongsi Rasa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
untuk anda kesemuanya... 

Di tahun baru ini...insyaALLAH saya juga mempunyai azam baru yang ingin berkongsi dengan anda semua... insyaALLAH mulai saat ini saya akan mengupdate serba sedikit beberapa teks yang saya persembahkan baik dalam bidang pengacara majlis, pidato, mahupun acara-acara yang sama waktu dengannya...yang saya rasa bermanfaat insyaALLAH saya suka untuk berkongsi bersama... 

Sebagai permulaanya...saya suka untuk berkongsi suatu teks yang saya baca di suatu majlis yang sangat hebat suasananya.. iaitu mengenai perutusan Untuk Gaza... Teks asalnya ditulis oleh murobbiah saya dan kemudian saya mengolahnya semula...dan untuk tapisan ketiganya saya mengolahnya kembali untuk dilontar ke sini..bagi tujuan supaya ia beroleh manfaat dan kesedaran bersama insyaALLAH... 


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....

YAB --------------------------- 
YB HJh ----------------------
Saff kepimpinan -------------------- 
Dif Kehormat,  Para ----------- dan ---------------sekelian,


Saya berdiri di sini hari ini sebagai mewakili ------------------------   dan semua ------------ dalam ----------------- ini bagi menyatakan simpati dan sokongan terhadap saudara kita di Gaza.

Kesengsaraan dan derita yang di pikul oleh saudara kita hanya dapat kita bantu melalui kata-kata,melaui doa,  dan sedikit bantuan kewangan yang kita kutip sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian..

Kesengsaraan dan penderitaan yang di tanggung oleh saudara kita terlalu perit dan pedih,  tidak dapat lagi di nukilkan dengan ayat dan kata.  Cukuplah gambar yang berbicara. Cukuplah gambar yang banyak tersebar di media maya  yang menujukkan riak ketakutan , riak derita, riak duka nestapa  yang terbeban selama 50 tahun lamanya.

Begitulah kekejaman yang berlaku di depan mata kita,  di saat manusia mencapai kehidupan yang serba canggih di abad ini, di saat negara negara  dalam dunia  mengecapi kemerdekaan,     kita  di takdirkan menyaksi pembunuhan saudara saudara kita di Gaza.

Kekejaman rejim zionis dan sekutunya amerika syarikat mengatasi kekejaman yang pernah berlaku dalam sejarah manusia. Israel yang begitu angkuh, mganggap mereka umat terpilih, padahal hakikatnya...mereka hanyalah sebagai manusia yang hina, malah lebih hina dari segala binatang yang ada di dunia.  Keanggkuhan mereka adalah  kerana di sokong oleh Amerika syarikat dan sekutunya .Buktinya sebanyak  3 billion peralatan tentera dan senjata telah di bekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Negara haram Israel. 

 Kekejaman ini  kita kutuk kerana mereka telah membunuh saudara kita yg tidak berdosa yang mana negaranya dirampas oleh penzalim dunia,tidak cukup dgn itu mereka menekan lagi dgn membuat sekatan2 ekonomi dan pelbagai sekatan lain yg tidak berasas bagi sebuah negara. Oleh krn itu,..saudara-saudara kita di sana hidup berselimutkan ketakutan,dihujani dengan runtuhan bangunan, bermandikan darah orang awam, hidup penuh kesengsaraan!..malah  pergerakan mereka disekat dan ditekan bertubi-tubi , tidak ada jalan untuk keluar negara, tidak ada lapangan terbang utk terbang di langit terbuka, tidak ada pelabuhan untuk melabuhkan sauh diseberang lautan sana, bahkan sekeliling mereka adalah pagar besi yang dibina yang memenjarakan kehidupan mereka semua. Inilah penjara terbuka yang paling padat di dunia, di isi oleh 4700   manusia dalam satu kilometer persegi.

Tuan2 Hadirin hadirat sekalian!

Setiap hari...di segenap tempat yang ada...tatkala mereka berada atau bersembunyi di atas bangunan, di bawah jambatan, di dalam rumah, di masjid awam semuanya tidak selamat waima di tanah perkuburan sekalipun ia tidak memberi jaminan keamanan...Lalu Kemana mereka akan pergi? sudah Tiada tempat untuk mereka berlindung lagi.  Setiap hari..  kanak kanak dan wanita mati dan cedera akibat ditembak oleh penjajah yang hina!. Setiap hari..bilangan syuhada’ pasti bertambah melimpah!. Setiap hari.. darah org awam mengalir deras di jalanan dan dibalik runtuhan. Setiap hari cebisan mayat di kutip dan di ratapi pemergian...

Sedarkah kita?

Kesengsaraan Gaza... tangisan mrk seperti tiada yang mendengar. Jeritan mrk hilang dalam angin yang berlalu pergi.  Tiada bahu untuk mrk merehatkan derita.  Airmata mrk , tiada yang akan mengesat hiba... bahkan airmata mrk sudah kering akibat lamanya.    Negara Islam hanya menonton tanpa empathy! Saudara saudara Arab pula  diam seribu bahasa...sepi tanpa kata .  Umat Islam hanya  menonton. PBB dan institusi yang kononya berasaskan kemanusiaan  semuanya buta pekak dan tuli!.   Seolah olah Gaza keseorangan dlm kegelapan.

Namun di luar sana masih ada kemanusiaan. Turkey telah menghulur bantuan. Hanya negara Amerika selatan  seperti Brazil, Argentina, Uruguay, Venezuela  lantang mengutuk kekejaman Israel.  Syabas kepada Brazsil, Equador, Chili dan Peru yang menarik balik duta mereka dari negara haram Israel. Bolivia dan Venezuela memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.  Banyak NGO kemanusiaan  yang masih bersama mu, wahai Gaza.  Ummat yang mencintai Allah dan Rasul bersama mu, mendoakan kemenangan mu. Dan  Kami di sini bersama mu.  

Bersabarlah  wahai Gaza....Allah bersama mu. Dan  Allah pasti akan memenangkan mu.

Tuan-tuan sekelian,

Apakah kita hanya berkata?  Mari kita bertindak sama!.  Hulurkan bantuan kewangan kepada Gaza. Doakan kemenganan Al Qassam dalam doa mu.  Dan teruskan BOIKOT .    BOIKOT syarikat syarikat yang terus terang menyokong Israel...boikot ....itulah sedikit yang kita bisa lakukan untuk saudara saudara kita di Gaza.

Ya Allah hancur leburkan kumpulan Yahudi Zionist dan Amerika laknatullah
Ya Allah   Kacau bilaukan persatuan mereka
Ya Allah   Goncangkan  pendirian mereka
Ya Allah   Lepaskan anjing suruhan Mu  ke atas mereka
Ya Allah, Ya Jabbar, Ya Muntaqiim
Tewaskanlah musuh Mu Yahudi zionist laknatullah
Dan berikan kemenangan ke atas saudara kami di Gaza.
Takbir!!!3X
Walillah hil hamd.



#Mari sama2 kita berdoa akan kemenangan saudara kita di sana...
Bukankah Doa itu Senjata Mukmin... Jadi mari kita gunakan ia sebaik-baiknya..

Friday, 16 January 2015

Mari bercerita Soal Cinta...

Soal C.I.N.T.A...

Ahhh..... inilah yang menjadi bualan di awal dewasa....

Seringkali juga aq ditanya mengapa aq belum berpunya...
sudah ada mengapa tak mahu pula...
sudah mahu...kenapa x jadi juga....
penuh persoalan di minda mereka... hahaha

Teman-teman....
ingin ku coretkan perbualanku dan teman-temanku tentang persisnya apa cinta aku...

2014 adalah tahun yang sangat bermakna...tahun itu jugalah aku berjaya grad Diploma, tahun itu jugalah sekali lagi aq berjaya melangkah ke peringkat Sarjana Muda.. dan Tahun itu jugalah karier seni komunikasiku bermula...sebab itulah tahun itu sangat bermakna... Dan tahun itulah banyak juga ceritaku mengenai C.I.N.T.A...

Seringkali juga teman2 datang bertanya tentang apa yang aq mahu sbnrnya.. :-

Teman2 bukan aku memilih...tapi ingin kutegaskan selayaknya Kita memilih...

Memilih yang bagaimana ??...

1- pilihlah lelaki yang mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang tinggi... kerna hidup ini bukan untuk sampai ke hujung nyawa sahaja..bahkan untuk bekalan hidup menuju ke syurga-NYA...

2- Pilihlah lelaki yang mempunyai "karakter Seorang ayah"...kerana pembinaan baitul muslim itu bukan hanya untuk memenuhi fitrah kemanusiaaan tapi juga untuk membina keluarga yang ummatik untuk agama dan juga Ummah..

3- Pilihlah seseorang yang kita serasi dengannya...serasi x semestinya sama... serasi itu menerima apa adanya..melengkapi apa yang kurang.....toleransi sesama pasangan...


itulah secara ringkasnya...nak detail?? haaaaah...perlukan 3 artikel lagi utk siapkannya...hehe

Tapi secara ringkasnya...Hasrat berbaitul Muslim bukanlah untuk sekadar memnuhi fitrah insani..bahkan ianya lebih pada itu...ianya lebih kepada pembinaan keluarga untuk ummah.....sbb itulah ianya perlu garapan yang berkesan antara suami dan isteri...sbb itulah sy tidak pernah bersetuju dengan pandangan sesetengah orang jika mahu pandai agama nikahilah pak ostad atau ostazah... Tuan2..cik2 semua...x menyempatnya kita nk fokus 100% hal2 tu semua lepas kawen..pokoknya hal2 basic tersebut perlu disettlekan sebelum kawen lagi... untuk capai misi yang seterusnya iaitu mendidik anak2 dengan biah yang sewajarnya....

wallahua'lam...