Saturday, 25 August 2012

~ ku ingin terbang ke tanah gersang..


Tatkala langit semakin menghitam... sedang bulan bertasbih rindu...... perasaan ingin terbang kembali lagi...... Allah apakan daya..... melihat kepada status2 sahabat2 yang semakin rancak menghitung hari utk ke sana...hatiku menyeru utk turut ke sana..... tapi...skali lagi apakan daya..... bukan tidak ingin pergi tapi perjuangan di sini masih belum selesai.... satu persatu perlu dibereskkan.. entah dapat atau tidak utk ke sana..... semoga sempat menggenggam tanah gersang... semoga sempat melihat kapal di padang pasir itu..... dan yang paling penting tentang musafir utk ilmunya di sana nanti... tempat para anbiya'....


kapal di padang pasir.... 
menjadi pengangkutan utama suatu ketika... sangat berjasa..

menyelusuri sejarah as-syahid dan tokoh2 lain....



menjejak kaki ke medan ilmu yang hebat penuh taalim dan tarbiyyah....


menyingkap sejarah sungai Nil yang sarat dengan kisah menarik.....


suatu hari,,,,insyaALLAH aku akan berjalan di astasmu jua....

Tuesday, 21 August 2012

Khazanah Sang Sufi

Kitab yang sudah usai dilumat :

Kisah seorang sufi yang sangat luar biasa berjaya menggoncang pintu hati ini..... rugi klw tak dibaca... sangat bermanfaat utk semua... dalam byk2 buku buku ini FIRST! yg begitu terkesan dalam hati..

Kitab Sufi yg sedang diburu :
Tatkala mencari sesuatu utk merecharge iman... terjumpa satu komentar drp sahabat alam maya tentang kisah sufi.... madahnya berbicara, hatinya terketuk tatkala membaca buku ini.... lantas ku menggoogle kemudia terpampang kulit buku ini.... melihat untaian kata di kulit bukunya, sememnagnya ia terkena pada diriku yg sentiasa alpa tanpa mempedulikan hak Roh yang meminta...

Kitab yang kedua yang juga buku yang dianggap sangt terkesan dgn kisah sufi, juga dicadangkan drp sahabat alam maya adalah buku ini :


hmmm... melihat pada kulit bukunya...ade sesuatu yang janggal di situ.... Namun, ada sesuatu yang menarik di situ.... terkesan sesuatu cerita itu bukan pada lukisan gambarnya tetapi melalui bait2 dan gaya bercerita yang indah utk dibaca.....

JOM BURU!!!

ade lagi buku2 lain..tapi biarkan dulu..huhu..

Di manakah DIA di hatiku?


Sesungguhnya aku tahu...
Allah itu amat hampir...
Tapi, kenapa aku masih meminggir...?
Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir....
Allah...Allah....Allah......

Di manakah DIA di hatiku???

~ Pekakkan diri untuk berjaya!








Ada satu kisah, berpuluh-puluh ekor semut berlumba-lumba panjat pokok yang sangat licin. Kesemua binatang yang menonton menjerit-jerit beri galakan. Tapi banyak semut yang jatuh hingga tinggal beberapa ekor sahaja yang terus mencuba. Binatang lain pun terus menjerit tapi mula menyindir:

“Tak payah la nak buat benda yang mustahil tu”

“Mengaku kalah sahajalah” Dan macam-macam lagi.


Akhirnya tinggal seekor sahaja semut yang terus berusaha perlahan-lahan dan binatang lain semua ketawakan dia yang bodoh, dan sombong sebab terus juga hendak panjat pokok tersebut. Tetapi akhirnya dia berjaya, bersorak habis binatang lain dan mereka mula memuji kehebatan semut yang seekor ni. Bila ditemu-ramah akan rahsia kejayaannya, mereka semua terkejut bahawa rupa-rupanya semut yang menang itu pekak.

Moralnya, ada masanya (kadang-kadang) kita kena belajar memekakkan diri untuk berjaya.

Kesukaran dihadapkan kepada kita bukan untuk mematikan langkah perjuangan kita sebaliknya untuk memanggil kejujuran, kebijaksanaan dan keberanian kita untuk berhadapan dengannya.

Friday, 17 August 2012

~Monolog sendirian seorang pendamba kasih~

Aku impikan diriku
yang sentiasa ghairah bertasbih kepadaNYA
mengadu rindu padaNYA
mengasihiNYA sepenuh jiwa raga
mencintaiNYA sekuat hati dan jiwa


Aku impikan diriku yang dentiasa mengalirkan air mata syahdu
akibat rindunya aku pada penciptaku
akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat di muka bumiMu
akibat segannya aku kerana sering menipu
aku ingin mencintaiMU setulus hati kudusku..tapi adakh aku mampu?


aku impikan diriku yang sentiasa bergetar tangkal hati
tatkala nama tuhanku didengari..
jantungku berdegup deras berlari..
bila mana diingatkan tentang azab Ya RABBI..
tetapi tenang kembali
bila dicerita tentang kasih sayangNYA yang tulus murni..


aku impikan diriku
yang setiap detik menyukuri nikmatMu Ya Rabbi..
akan nikmatMU yang tidak terhingga perluasannya kepada hambamu..
kerana aku hanyalah hamba yang hina dan papa..
Engkaulah yang MAHA PEMBERI segala sesuatu....


aku impikan diriku..
yang sentiasa bertawakal padaNYA tuhan Yang Satu..
yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku
maha suci dari menzalimiku...
kerana DIA penciptaku...
yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif
seperti aku....


Sesungguhnya Aku mahu jadi seperti itu...seperti kata hatiku itu... namun nafsu, selalu menjadi raja kepada diriku, menyebabkan hati terduduk kelu..... Namun,aku tahu itulah cabaran kepada hati yang selalu rindu kepada RABBNYA.. aku PERLU LAWAN! AKU PERLU TEWASKAN NAFSU!.... Sesunggunya NAFSU itu hanyalah Halangan seperti pokok tumbang di tengah jalan... dan hati perlu bertindak sebagai Mesin pemotong pokok yang tajam memotong halangan! 


>RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR..">>