Sunday, 21 August 2011


meh kite kenal macam mane caranya nak bace quran jika hurfnya dimulakan dengan hamzah wasol....


Asslamualaikum...salam ukhuwah semua....hari ni...ana nak berkongsi sedikit ilmu yang ana dapat drp sahabat blogger...yang ana rasa insyaALLAH sgt bermanfaat kepada kita semua....mungkin semua dah tau pasal ni...tapi takpelah utk kita ingatkan balik ape yang kita belajar dulu....sebab ana pun dah kurang ingat tentang teknik2 ni...bila org tanye je...kenape mesti bace macam tu...kenape x macam ni....ALLAHUAKBAR!! susah den nak kabo.....hehe..jom!!


Alhamdulillah, dalam bulan yang baik lagi mulia ni, mesti ramai yang bertadarus dan menambahkan amalan dengan membaca Al-quran. Jom kita imbas kembali asas hukum tajwid yang telah kita belajar lama dahulu dari zaman sekolah rendah agama sampai ke Universiti.

saya tidaklah arif dalam nahu arab terutama dalam cara bacaan al-quran,apa yang saya pelajari saya kongsikan
Hari ini, di slot imbas tajwid, saya nak membicarakan mengenai ‘Hamzah Wasol’. 


Pengertian:
Hamzah wasol secara ringkas adalah huruf hamzah yang wujud diawal kalimah sahaja,barisnya kekal ketika memulakan bacaan dan gugur ketika diwasolkan-dipertengahan ayat (wasol bererti sambung).

Berbeza dengan hamzah qata’(*), hamzah qata adalah hamzah yang kekal barisnya samada diawal, ditengah dan diakhir kalimah.
Pentingnya untuk mengetahui cara untuk membariskan kalimah yang dimulakan dengan hamzah wasol ni sebab kalau tersalah baris berubah maknanya.
Sesetengah orang hanya membuat kesimpulan mudah dengan membariskan ayat yang dimulakan dengan hamzah wasol mengikut huruf yang ketiga didalam kalimah tersebut. Ya, memang betul, ini merupakan salah satu cara untuk membariskan kalimah yang mengandungi hamzah wasol tetapi tidak diaplikasikan untuk semua kalimah yang bermula dengan hamzah wasol.
Justeru itu, mari kita selidiki satu persatu:


CARA MEMBARISKAN HAMZAH WASOL
·                     
1-Jika pada perkataan nama (hamzah wasol bertemu lam menjadi-( LA )-alif lam ma’rifah), perkataan ini dimulakan dengan membariskan hamzahnya dengan baris diatas. Seperti contoh berikut:

              cara sebutan: As-Shamsu--------- Alqamaru----------Alhamdu
·                     
2-Jika huruf ketiga bukan asli(mendatang/kata terbitan-untuk yang siapa belajar nahu arab,sila perbetulkan saya kalau silap) maka hamzahnya hendaklah dibaca dengan baris dibawah seperti contoh berikut, walau pun pada huruf ketiga tu berbaris atas;




                                 cara sebutan 1) izhab
                                                       2) ihdina
·                     3-Jika huruf ketiga berbaris dihadapan, lazimnya hamzah wasol akan dibariskan dengan baris hadapan seperti contoh dibawah:

cara sebutan: Uqtulu

harapan saya walapun ringkas, harap dapat difahami dan membantu dalam bacaan kita, saya yakin kita semua tahu, tapi tidak salah untuk kita mengulangkaji kan??sedangkan lagu hit masa kini pun boleh diulang dengar sekerapnya apatah lagi untuk kita mengulang kaji ilmu indah ini..
setakat ini dahulu..

p/s: ilmu ALLAH itu indah, ia tidaklah sewenangnya disebut sebarangan
copy = (cahayabintang53.blogspot)

Saturday, 20 August 2011

BARANGSIAPA YG.........


BARANGSIAPA…


1.     BARANGSIAPA YANG TIDAK BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN ILMU, MAKA SEBENARNYA DIA SEDANG BERUSAHA KE ARAH KEJAHILAN.

2.     BARANGSIAPA YANG TIDAK BERUSAHA UNTUK MENGEJAR KEJAYAAN, MAKA SEBENARNYA DIA SEDANG BERUSAHA KE ARAH KEGAGALAN.

3.     BARANGSIAPA YANG TIDAK BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN IMAN, MAKA SEBENARNYA DIA SEDANG BERUSAHA KE ARAH KEKUFURAN.

4.     BARANGSIAPA YANG TIDAK BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI, MAKA SEBENARNYA DIA SEDANG BERUSAHA KE ARAH KEPAPAAN.

5.     BARANGSIAPA YANG TIDAK BERUSAHA UNTUK MENAMBAHKAN AMAL KEBAIKAN, MAKA SEBENARNYA DIA SEDANG BERUSAHA MENAMBAH MEMUNGKARAN.

6.     BARANGSIAPA YANG TIDAK BERUSAHA UNTUK MENJAUHI KEMUNGKARAN DAN MAKSIAT, MAKA SEBENARNYA DIA SEDANG BERUSAHA KE ARAH KECELAKAAN.

7.     BARANGSIAPA YANG TIDAK BERUSAHA UNTUK MENCARI SYURGA, MAKA SEBENARNYA DIA SEDANG BERUSAHA MENCARI NERAKA.


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

(Surah al-A’raaf: ayat 179)

Tanda tanda Lailatul Qadar


Tanda tanda Lailatul Qadar
Sumbangan abu_luqman pada Wednesday, October 27 @ 12:59:16 MYT

UmumLailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.


Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Friday, 5 August 2011

KISAH IBLIS YANG INGIN BERTAUBAT DAN TIDAK DITERIMA.



Iblis, dengan segunung catatan kejahatan dan dosa dosa paling mengerikan, tiba tiba terbersit dalam hatinya untuk bertaubat memohon keampunan kepada Allah yang telah menciptakannya.
Iblis sebagai panglima terdepan yang mengajak semua orang untuk menentang Allah tiba-tiba berbalik dan berniat taubat. Allah tidak pernah menutup pintu taubat bagi siapa saja yang mau bertaubat, tak terkecuali bagi Iblis sang penentang yang nyata. Bahkan ampunan Allah jauh lebih besar dibanding dosa apapun yang dilakukan makhluknya. Selama kematian belum datang, maka pintu taubat masih terbuka. Hal ini berlaku untuk seluruh makhluk taklif iaitu makhluk Allah dari jenis Jin dan Manusia. Dan Iblis masih segar bugar, jadi kesempatan taubat masih ada. Apakah taubat Iblis diterima Allah? Tentu! Kerana Allah Maha Pengampun. Lalu bagaimana cara dia bertaubat?
Iblis tentu saja kenal Jibril sang pemimpin para malaikat. Iblis diberitahu Jibril bahawa hanya ada tiga syarat bertaubat,
1. Istighfar (memohon ampun kepada Allah dengan sungguh-sungguh)
2. Menyesali semua dosa yang pernah diperbuatnya serta bertekad kuat untuk tidak lagi mengulanginya.
3. Laksanakan semua perintah Allah tanpa menawar
Diluar dugaan Iblis melakukan ketiga syarat tersebut dengan benar bahkan dalam waktu yang sungguh sangat cepat. Hal ini sangat masuk akal, mengingat Iblis termasuk salah satu Jin yang sangat cerdas. Apalagi didukung dengan umur Iblis yang sangat panjang sejak sebelum Adam sampai sekarang (lebih dari 11 ribu tahun), tentu pengalaman dan pengetahuannya tak ada manusia dan jin yang mampu menyamainya.
Tetapi ternyata usaha pertaubatannya terhenti pada satu perintah Allah pada syarat ketiga.
Jibril: Memohon ampunan dan menyesali dosa telah kau lakukan, dan hampir seluruh perintah Allah yang engkau sanggupi telah engkau lakukan, sekarang masih ada satu lagi perintah Allah yang harus engkau lakukan, apakah kau sanggup?
Iblis: Sanggup
Jibril: Baiklah. Allah memerintahkanmu untuk mendatangi kuburan Adam, bersujud pada Adam dan bersaksi bahwa Adam adalah makhluk yang dipilih oleh Allah untuk menjadi khalifah, pengurus, pengembang tanggung jawab di bumi. (Iblis terdiam)
Jibril: Bagaimana? Apakah engkau sanggup? Sungguh tinggal satu hal ini saja yang belum pernah engkau lakukan sejak Adam diciptakan dahulu. Setelah beberapa kali Jibril bertanya akhirnya Iblis menjawab,
Iblis: Aku diciptakan dari api sedangkan Adam diciptakan dari tanah. Aku lebih baik daripada Adam. Tapi kenapa aku yang harus sujud kepada Adam? Bukankah seharusnya Adam yang sujud kepadaku? Dulu Adam masih hidup, dan aku tak sudi bersujud padanya, apalagi sekarang dia sudah dimakan tanah. Takkan pernah aku berubah fikiran dalam hal ini. Kehadiran Adam membuatku tersingkir dari kedudukan mulia bersama malaikat. Sakit hatiku masih tersisa. Dahulu, hari ini dan sampai kiamat, aku tetap takkan sudi bersujud kepada Adam.
Jibril dan seluruh malaikat adalah makhluk mulia yang punya kedudukan yang sangat tinggi disisi Allah. Para malaikat yang teramat mulia semuanya tunduk pada perintah Allah termasuk ketika diseru untuk bersujud kepada Adam.
“Dan ingatlah ketika Kami serukan kepada para malaikat “Bersujudlah kalian semua kepada Adam” maka semuanya bersujud kecuali Iblis. Iblis enggan bersujud dan takabur (sombong). Dan (dengan demikian) Iblis termasuk orang yang ingkar (kafir)”