Thursday, 27 October 2011

APA ITU HUDUD, QISAS, DIYAT DAN TA'ZIR????


Bismillahirrahmanirrahim…alhamdulillah…sekali lagi ana berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu di ruangan bicara ilmiah ini…. Hari demi hari......banyak mehnah dan tribulasi dunia melanda dan kejahilan juga seolah2 seiring dengan perjalanan masa….semakin ramai yang lupa tentang dunia yang semakin tua…semakin ramai yang terserlah kejahilanya apabila berbicara….terutama apabila kita sentuh bab agama….bab agama semakin rancak diperdebatkan di akhbar2 , media arus perdana dan x kurang hebatnya di parlimen sekarang ini…lebih2 lagi dlm bab hudud…ramai org bijak pandai yg mengeluarkan statement2 atau melontarkan pandangan mereka mengenai bab hudud ni….”sekiranya kita melaksanakan hudud itu akan berlaku……ini akan terjadi………..”….bahkan ade jgk yg melontarkan kata2 kurang bijak yg mengatakan ianya hukum yg dibuat parti2 tertentu…. Astaghfirullahalazim…… x kurang juga ade yg kata ianya x sesuai…bahkan ia terkeluar dr mulut org yg memiliki PHD…belajar dlm bidang yg berkaitan pulak tu….aduhai……subhanallah…sungguh hebat ilmunya….x tersangka sampai begitu sekali…..tadi sempat jugaklah menonton kuliah al-fadhil ustaz Azhar Idrus mengenai bab hudud ni….katanya “sesiapa yang meragui hukum yg diturunkan oleh ALLAH SWT itu bererti dia meragui ALLAH TAALA…..Na’uzubillah….maka jawab dio kufur laluh”…… maka di sini kita perlu tahu bhw ianya hukum ALLAH….bukan hukum yg dibuat oleh manusia untuk kita permainkan.. Dan setiap org yg mengaku beriman dengan ALLAH Taala wajib meyakini bhw hukum2 tersebut adlh hukuman ALLAH dan Rasulnya yg bersifat mutlak dan berdalilkan quran dan hadis…dan ianya juga WAJIB diterima dan dihayati oleh setiap org yg beriman tanpa menimbulkan sebarang keraguan padanya.…… oleh itu ,terdetik di hati ana untuk berkongsi sedikit ilmu yg ana dapat drp sebuah kitab yg menerangkan tentang hukum jinayah ni untuk pemahaman bersama agar kita tidak temasuk dlm golongan di atas……

* Yang pertama kita perlu tahu apa itu HUDUD, QISAS, DIYAT dan TA’ZIR

1- Hudud – Hukuman hudud adalah hukuman yg telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam quran dan hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yg tidak boleh ditukar ganti hukumanya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda.

Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun. Mereka yg melanggar aturan2 hukum Allah yg telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yg disebutkan di dlm quran dan hadis adlh termasuk dlm golongan org2 yg zalim. Firman Allah s.w.t :
Dan sesiapa yg melanggar aturan-aturan hukumAllah maka mereka itulah org2 yg zalim
(surah al-baqarah : 229)

Kesalahan2 yang wajib dikenakan hukum hudud ialah : -

- Berzina (iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yg sah mengikut hukum syara’)
- Menuduh org berzina (qazaf) ,iaitu membuat tuduhan zina ke atas org yg baik lagi suci atau menafikan keturunanya,dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dgn empat org saksi.
- Minum arakatau minuman yg memabukkan,samaada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.
- Mencuri , iaitu memindahkan secara tersembunyi harta alih dari jagaanya atau milik tuanya tanpa persetujuan tuanya dgn niat utk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuanya.
- Murtad, iaitu org yg keluar dari agama islam, samaada dgn perbuatan atau dengan perkataan, atau dgn iktikad kepercayaan.
- Merompak (hirabah), iaitu keluar seseorang atau sekumpulan yg bertujuan utk mengambil harta atau membunh atau menakutkan dgn cara kekerasan.
- Pendurhaka (bughat), iaitu segolongan umat islamyg melawan uatu menderhaka kpd Ulil Amri yg menjalankan syaria’t islamdan hukum2 Allah.

*namun utk mengetahui bgaimana cara pelaksanaanya dgn lebih terperinci, silalah merujuk pada kitab2 fiqh tertentu…

2- QISAS = Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yg telah ditentukan dan ditetapkan Allah hukumanya di dlm quran dan hadis yg wajib dikenakan ke atas penjenayah yg sabit kesalahanya di dlm mahkamah.
Hukuman qisas ialah kesalahanyg dikenakan hukuman balas. Membunuh dibalas dgn bunuh (nyawa dibalas nyawa), melukakan dibalas dengan luka, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan2 yg wajib dikenakan hukuman qisas ialah :

- membunuh org lain dengan sengaja.
Firman Allah Taala : “wahai org2 yg beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yg seimbang) dlm perkara org2 yg mati dibunuh” – surah al-baqarah 178-

- menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan org lain dengan sengaja.
- melukakan org lain dgn sengaja.
Firman Allah Taala : “Dan kami telah tetapkan atas mereka didlm kitab taurat itu,bhwasanya jiwa dibalas dgn jiwa , dan mata dibalas dgn mata, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka luka juga hendaklah dibalas(seimbang). Tetapi sesiapa yg melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yg tidak menghukum dgn apa yg telah diturunkan oleh Allah, maka merekaitulah org2 yg zalim. – surah al-maidah :45 –

*namun utk mengetahui bgaimana cara pelaksanaanya dgn lebih terperinci, silalah merujuk pada kitab2 fiqh tertentu…

3- DIYAT = ialah harta yg wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kpd wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yg dilakukan penjenayah ke atas mangasanya.
Hukuman diyat ialah hukuman kesalahan2 yg sehubungan dgn kesalahan qisas. Hukuman diyat ialah hukuman yg telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH dan Rasulnya dilam quran dan hadis sbg ganti rugi di atas kesalahan2 yg melibatkan kecederaan anggota badan , atau melukakanya.

Kesalahan2 yg wajib dikenakan hukuman diyat ialah :

- Pembunuhan yg serupa dgn sengaja.
- Pembunuhan yg tidak disengajakan.
- pembunuhan yg sengaja yg dimaafkan oleh wali atau ahli waris org yg dibunuh . Firman Allah Taala :
Maka sesiapa (pembunuh) yg mendapat sebahagian keampunan drp saudaranya (pihak yg terbunuh) maka hendaklah (org yg mengampunkanya itu,mengikut cara yg baik did lm menuntut ganti rugi nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayarab ganti nyawa)itu dgn sebaik2nya. Yg demikian itu adalah suatu keringanan dr tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yg melampaui batas ( untuk membalas dendam pula)maka baginya azab seksa yg x terperi sakitnya. – surah al-baqarah 178-

4. TA’ZIR = ialah kesalahan2 yg hukumanya merupakan dera, iaitu penjenayah2 tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta’zir dlm qanunu jenayah syariahadlh hukuman yg tidak ditentukan dan ditetapkan Allah kadar atau bentuk hukuman itu did lm quran dan hadis.
Hukuman ta’zir ialah hukuman dera ke atas penjenayah2 yg telah sabit kesalahanya dlm mahkamah, dan hukumanya tidak dikenakanhudu atau qisas, krn kesalahan yg dilakukan oleh penjenayah itu tidak termasuk di bwh kes yg membolehkanya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis atau kadar serta bentuk hukuman ta’zir itu adalah terserah kpd kearifan hakim utk menentukan dan memilih hukuman yg patut dikenakan. Hukuman ta’zir itu adalah bertujuan utk menghalang penjenayah2 mengulangi kembali kejahatanyg yg  mereka lakukan tadi - bukan utk menyiksa mereka.

*Hukuman hudud, qisas,diyat dan ta’zir diperuntukkan dlm qanun syar’iah adalah bertujuan utk menjaga perinsip perundangan islam/perundangan syaRA’ yg tertakhluk di bawahnya lima perkara :
1- Menjaga agama =
من بدل دينه فاقتلوه
(Riwayat bukhari )
Sesiapa yg menukarkan agamanya (murtad) maka bunuhlah dia. (jika enggan bertaubat)

2- Menjaga Nyawa
Firman Allah taala:
Dan didlm hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai org2 yg berakal fikiran supaya kamu bertakwa. (surah al-baqarah : 179)

3- Menjaga akal fikiran.
Rasulullah s.a.w telah menyebat org yg minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan saidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali juga, dan saidina Umar menyebat lapan puluh kalisebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan ini yg lebih aku sukai. (Riwayat Muslim)

4- Menjaga keturunan.
Ambillah peraturan drp aku , ambillah peraturan drp aku . sesungguhnya Allah telah memberi  jalan untuk mereka. Perawan sama jejaka yg berzina hukumanya disebat sebanyakseratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda sama janda berzina hukumanya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam. (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5- Menjaga Harta Benda.
Dan org lelaki yg mencuri maka hukumanya potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dgn sebab apa yg telah mereka usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (surah al-maidah: 38)


*namun harus diketahui hukuman2 ini bukan mudah untuk dilakukan kerana memerlukan bukti yang jelas yg lansung tidak timbul keraguan padanya dgn  penyiasatanya yg amat terperinci..namun apa yg dikongsikan pada mlm ini hanyalah secebis ilmu yg diambil drp sebuah kitab lama yg ditulis oleh Haji Sa’id Haji Ibrahim (bekas mufti negeri sabah)…untuk mengetahui dgn lebih jelas dan terperinci,,ana mohon , sila lah merujuk kepada kitabnya yg asli..atau  kitab2 fiqh yg lain..





5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT...

                                   

Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.....alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi kerana hari ini kita masih dikurniakan dengan nikmatnya, lebih2 lagi nikmat iman dan islam....setiap hari,,,kita perlu mancari ruang untuk bermuhasabah supaya kita tidak lalai dan alpa daripada tujuan asal kita hidup di muka bumi ALLAH SWT...oleh itu sebelum kita ingin melakukan sesuatu berfikirlah sejenak...samaada perkara itu diredhai atau tidak oleh ALLAH SWT... jika teringin untuk membuat maksiat...berfikirlah dahulu tentang akibatnya...dan belek2 lah kisah nasihat drp Ibrahim bin Adham kepada seorang pemuda yg gemar melakukan maksiat...jom layan...


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui
Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba
Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." Setelah mendengar
perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu
mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan
maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar
bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba
Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "
Syarat pertama, jika
kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan
rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan
kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini
rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin
Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,
masih mampukah memakan rezekinya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar
larangan-Nya?"

"
Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini
membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim
kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah,
fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-
Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian
menanyakan
syarat yang ketiga. Ibrahim
menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat,
carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat
terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat
dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam
mana? Mana mungkin Allah tidak melihat
kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian,
apakah kamu m asih berkeinginan melakukan
maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk
dan meminta
syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang
hendak mencabut rohmu, katakanlah
kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku
masih mahu bertaubat dan melakukan amal 

soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan 
kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim,
mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini
bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu
bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan
Allah?"

"Baiklah, apa
syarat yang kelima?" Ibrahim pun
menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat
Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api
neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut
bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat
itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan
Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini
aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil
terisak-isak.




RENUNG-RENUNGKAN dan Selamat Beramal....

Tuesday, 25 October 2011

Jangan Merajuk Wahai Da'ie


                                       
Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...
"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

 
Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...


sumber : bahantarbiyyah.info

SAHABAT YANG BAIK....



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh….

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang telah memberikan kita nikmat Iman dan nikmat Islam. Juga  Selawat dan salam buat Rasul junjungan, insan agung sepanjang zaman yang telah memberikan keseluruhan hidup baginda untuk meninggi dan memperkasakan agama Allah serta para sahabat nabi yang telah bersama-sama dengan baginda bermandi peluh, memercik darah sehingga alam ini dicoret dengan keindahan Islam. Tauladan yang begitu hebat daripada baginda dan para sahabat untuk kita semua terus harungi medan amal Islami yang luas tidak bertepi ini.

“Bila hati bertaut atas rasa CINTA dan KASIH kerana ALLAH, tiada yang lebih berharga lagi di dunia melainkan perjuangan dijalanNya dan apa yang ada di dalamnya… Demi ALLAH, DIA tidak akan meninggalkan pejuangNya ini sendirian menempuh ujian sehinggalah mereka berpaling daripada jalanNya itu. Semoga pertambahan usiamu seiring dengan kematanganmu, seiring dengan kekuatanmu sebagai seorang pejuang Agama ALLAH dan seiring dengan peningkatan hubunganmu dengan ALLAH S.W.T serta Rasulullah s.a.w. Sanah Helwah ya akhawat....semua ini ana tujukan khas buat sahabat-sahabat , teman2 yg sehaluan dalam mencari redha Allah s.w.t..... baik kepada sahabat2 ana di kampus UniSZA mahupun dibumi Maahad Ar-Rahmah kenali ataupun yang sedang bertempur hebat di  mmp,msmp, ataupun di bumi anbiya’(mesir,Jordan )...x lupa juga sahabat yang berada di mana2 sahaja institusi pengajian...semoga ALLAH memberkati kalian semua.....


Bercakap mengenai sahabat, x semua dari kalangan kita betul2 menjumpai seorang sahabat sejati,, sahabat sejati akan sentiasa berada di sisi...walaupun jasadnya terpisah tetapi hati sering bersatu... peranan sahabt adalah untuk saling ingat mengingati, pesan berpesan dan ianya seperti sabda RASULULLAH : Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat,
"Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya".

Oleh itu, jika kalian semua masih belum menjumpai sahabat yang sebegitu…teruskan mencari… amat besar manfaatnya kepada kita apabila dapat bertemankan seorang sahabat yang selalu mengingatkan kita tentang sang pencipta…alangkah tenangnya bila bercakap dengannya…jarang2 sekali lidahnya bercakap soal keduniaan apatah lagi mahu berbicara soal2 yg boleh membawa kpd kemudaratan….subhanallah…ana sudah jumpa….antum bila lagi??? Jika tidak ada,,carilah dari sekarang…mohon kepada ALLAH supaya cepat dipertemukan…insyaALLAH , ALLAH tidak lokek untuk membantu….

Kepada sahabatku, ukhti inTiZaaR : teruskan perjuanganmu di medan jihad…….teruskan mengingati ALLAH sebagaimana idolamu selepas Rasulullah…iaitu Rabia’ah Al-Adawiy….semoga ukhuwah kita kekal berpanjangan sambil dibajai dengan madu keimanan…insyaALLAH…semoga dirimu sentiasa berada dalam jagaaNYA….Engkaulah sahabat sejati…dunia akhirat..

Juga kepada ukhti Mariam : Teruskan misimu untuk terus mencari ilmu ALLAH…. Kita dipertemukan hanya seketika…..tetapi perpisahan ini baik untuk kita…walaupun ada2 arah yang berbeza…tetapi sebenarnya kita hanya menuju pada satu arah sahaja…..semoga ianya Berjaya dicapai atas kehendaknya..masa kita masih belum berakhir…tetapi ianya masih belum bermula…ayuh!! Bangunlah wahai sahabat!! Sama2 kita berjuang dalam mencari keredhaaNYA…… semoga ukhuwah kita sentiasa terpelihara…ingatlah aku selagi mampu….semoga dirimu terpelihara dlm naungan ALLAH selalu…

Kepada ukhti najah : sesungguhnya engkaulah sahabat yang setia bersamaku…berjihad dlm gerakan dakwah islamiah…langsung tidak mengenal erti tewas dan kalah…..namun….hari ini suatu musibah telah berlaku kepadamu..walaupun ia hanya disebabkan kedengkian orang terhadapmu….. yang menyebabkan dirimu jatuh dan terus jatuh…..wahai sahabat,,,,,, jangan risau,,sesungguhnya ALLAH ada bersama denganmu….jangan risau wahai sahabat…ALLAH itu maha berkuasa…jauh lebih berkuasa dari makhluknya..mintalah kepadaNYA….insyaALLAH akan ada penyelesaianya nanti.. jangan berputus asa dari terus meminta…..bersabarlah….sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar…

Kepada sahabat yang lain….’asif jiddan sekiranya nama antum tidak tercatat pada ruangan di atas….tidak mampu rasenya untuk ku selitkan semuanya di sini….namun,,, jangan risau…nama kalian juga insyaALLAH masih jelas di sanubariku…… ape yang boleh kunuqilkan kepada sahabt2 semua ialah….jangan pernah kita lupa kepada sang pencipta………Jadilah sahabat  seperti yang dipesankan oleh Rasulullah…. Janganlah kita menjadi sahabt yang tidak baik… seperti mana sabda RASULULLAH :

Sahabat bertanya lagi, "Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?"
Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat."
…..


Itulah dia wahai sahabat…janganlah kita tergolong dalam golongan sahabat yang tidak baik….. demi menjaga sebuah persahabatn, kita sanggup melihat dia dalam keadaaan berdosa,,,,,jika lihat sesuatu kemungkaran maka nasihatlah dia dengan cara yang baik…sesungguhnya dia adalah sahabat kita…dan janganlah kita selalu berbicara soal duniawi sehingga lupa soal ukhrawi….kedua2 nya perlu diseimbangkan…..di mana sahaja kita berada,,ingatlah kita kepada ALLAH…

 


~ Tarbiyyah buat hati ~


Senyumlah duhai hati,
Walau pada hakikatnya,
‘Kau’ disaluti dengan kedukaan,

Sabarlah ‘dikau’ duhai hati,
Dalam menghadapi karenah dunia,Yang sangat melelahkan ‘dirimu.’
Duhai hati yang sentiasa mengaharapkan keampunan Rabbnya,
Janganlah ’dikau’ menilai,
Sebelum ’dikau’ mengetahui hakikatnya,
Kerna apa yang dilihat oleh sang mata,
Apa yang telah sang telinga dengari,
Dibaluti dengan debu kotor duniawi,
Diserikan pula dengan syak wasangka,
Hasil panahan syaitan laknatullah..
Duhai hati yang sentiasa mengharapkan Redha Penciptanya,

Celikkanlah mata ’mu’,
Kerana kata orang,
Nilailah sesuatu perkara melalui mata hati,
’Dikau’ mampu melihat sesuatu dengan lebih telus,
Berbanding dengan sepasang mata,
Yang hanya mampu melihat luaran sahaja...

Duhai hati yang takut akan azab Tuhan sekalian alam,
Tahukah dikau’ bahawa ’dikau’ ciptaanNya yang istimewa?
Sehinggakan KekasihNya yang agung bersabda,
Bahawa jika ’dikau’ baik,
Maka seluruhnya akan baik..
Namun wahai hati,
Jika ’dikau’ kotor, buruk dan hitam,
Maka seluruhnya juga begitu...

Wahai hati yang sentiasa mengharapkan cinta Kekasih Agung,
’Dikau’ tahu bahawa diri ini lemah,
Selalu tewas dengan rayuan syaitan,
Selalu mengalah dengan pujukan syaitan,
Namun ’dikau’ masih terus mengharap,
Mengharap dan terus mengharap,
Agar ’dikau’ beroleh keampunan dari Maha Pengampun,
Kerna ’dikau’ yakin denganNya,
’Dikau’ yakin bahawa pengampunanNya,
Kasih sayangNya mendahului murkaNya,

Oleh itu,
Jangan sesekali ’kau’ rasa penat,
Dalam mengharap keampunanNya,
Dalam mendamba cintaNya,
Dalam mengejar RedhaNya...

Duhai hati yang sentiasa mengharapkan mati yang sempurna,
Usahlah ’dikau’ terkorban kerana dunia,
Usahlah ’dikau’ biarkan diri’mu’ dikuasai oleh nafsu...
Kerana ’dikau ’dikatakan raja bagi sang insan...

Oleh itu,
Letakkanlah Rabb ’mu’ sebagai raja dalam diri’mu’...
Supaya ’dikau’ sentiasa berada dalam RahmatNya...

Duhai hati,
Aku tak mampu untuk ’mengenyangkan’ diri’mu’,
Aku tak mampu untuk ’menghiburkan’ ’mu’,
Namun akan ku cuba semampu ku,
Untuk menghidangkan ’dikau’ dengan alunan zikrullah,
Alunan indah Kalam Allah,
Akan ku cuba terdaya ku,
Untuk hiburkan ’mu’ dengan husnuzon,
Agar ’dikau’ terus subur mewangi,
Membantu diri ini dalam rentak perjuangan,
Membantu diri ini dalam langkah dakwah ilallah,
Agar aku kan bisa istiqamah,
Dalam jalan yang ’kau’ dan aku telah pilih bersama...
Hingga saat kita bersama dijemput menghadap Kekasih Hati...

~ KISAH UMMU MAHJAN ~

gambar hiasan

Wahai Ibuku,....wahai saudariku,..janganlah anda meremehkan amal kebaikan sekalipun kecil, dan ketahuilah bahwa anda diseru untuk menunaikan tugas dan tanggung jawab anda dengan mencurahkan segenap kemampuan dan banyak berkorban dalam rangka menegakkan bangunan islam yang agung. Janganlah anda sekali-kali mengelak dari tugas anda sekalipun hanya sedetik karena tipu daya musuh islam terhadapmu. Mereka musuh-musuh islam ingin sekiranya engkau menyimpang dari tugasmu yangn mulia, dan mereka berupaya menjatuhkan semangatmu dalam berkhidmat kepada islam dan umat.




Janganlah,..dan sekali lagi janganlah anda mengelak diri dari berkhidmat kepada islam kerana anda merasa lemah, tidak ada kemahuan untuk ikut serta dalam menguatkan masyarakat dan syiar islam.

Maka disini kami hendak memahatkan dihati kalian semua,  sebuah kisah perikehidupan seorang wanita shahabiyah, seorang wanita yang lemah,berkulit
hitam yang mana cerita ini merupakan sebuah pelajaran bagi kaum muslimin dalam peredaran sejarah dalam hal kesungguhan, tawadhu' dan hingga sampai pada puncak semangatnya.

Beliau seorang wanita yang berkulit hitam, dipanggil dengan nama Ummu Mahjan. telah disebutkan didalam Ash-Shahih tanpa menyebutkan nama aslinya, beliau berdomisili di Madinah.(lihat Ibnu Sa'ad dalam Ath-Thabaqat 8/414)

Beliau Radhiyallahu anha seorang wanita miskin yang memiliki tubuh yang lemah. Untuk itu beliau tidak luput dari perhatian Rasulullah sang pemimpin shalallahu alaihi wassalam, sebab beliau senantiasa mengunjungi orang-orang miskin dan menanyai keadaan mereka dan memberi makanan kepada mereka, maka tidakkah anda tahu akan hal ini wahai para pemimpin rakyat?

Beliau radhiyallahu anha menyadari bahwa dirinya memiliki kewajiban terhadap akidahnya dan masyarakat islam, lantas apa yang bisa dia laksanakan padahal beliau adalah seorang wanita yang tua dan lemah? Akan tetapi beliau sedikitpun tidak bimbang dan ragu, dan tidak menyisakan sedikitpun rasa putus asa dalam hatinya. Dan rasa putus asa adalah jalan yang tidak dikenal dihati orang-orang yang beriman.

Begitulah, keimanan beliau telah menunjukkan kepadanya untuk menunaikan tanggung jawabnya. Maka beliau membersihkan kotoran dan dedaunan dari masjid dan beliau sapu , lalu beliau buang ke tong sampah dan beliau menjaga kebersihan rumah Allah, sebab masjid memiliki peran yang sangat penting dalam islam. Disanalah berkumpulnya para pahlawan dan para ulama. Dan masjid ibarat parlemen yang sebanyak lima kali sehari digunakan sebagai wahana untuk bermusyawarah, saling memahami dan saling mencintai, sebagaimana pula masjid adalah universitas tarbiyah amaliyah yang mendasar dalam membina umat.

Begitulah fungsi masjid pada zaman Rasulullah shalallahu alaihi wassalam, demikian pulalah yang terjadi pada zaman khulafaur rasyidin dan demikian pulalah seharusnya peranan masjid hari ini hingga tegaknya hari kiamat.

Untuk itulah Ummu Mahjan tidak kendor semangatnya, sebab pekerjaan itulah
merupakan target yang dapat beliau kerjakan. Beliau tidak meremehkan pentingnya membersihkan kotoran untuk membuat suasana yang bersih bagi Rasulullah dan para sahabatnya dalam bermusyawarah yang senantiasa mereka kerjakan secara rutin.

Ummu Mahjan radhiyallau anha terus menerus menekuni pekerjaan tersebut hingga wafat beliau pada zaman Rasulullah shalallahu alihi wassalam. Maka para sahabat ridhwanullahi alihim membawa jenazah beliau setelah gelapnya malam dan mereka mendapatkan RAsulullah masih tidur sehingga mereka tidak ingin membangunkan beliau, maka mereka langsung menyolatkan dan menguburkannya di Baqi'ul Gharqad.

Pada pagi harinya Rasulullah shalallahu alaihi wassalam merasa kehilangan wanita itu, kemudian beliau tanyakan kepada para sahabat, mereka menjawab, "Beliau telah dikubur wahai Rasulullah, kami telah mendatangi anda dan kami
dapatkan anda masih dalam keadaan tidur sehingga kami tidak ingin membangunkan anda". Maka pergilah Rasulullah sedangkan para sahabat menyertai beliau sehingga mereka menunjukkan kubur Ummu Mahjan. maka berdirilah Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam sementara para sahabat berdiri bershaf-shaf dibelakang beliau , lantas Rasululah menyolatkannya dan bertakbir 4 kali.(1)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahwa ada seorang wanita yang berkulit hitam yang biasanya membersihkan masjid, suatu ketika Rasulullah kehilangan dia, maka beliau bertanya tentangnya. Mereka berkata:"Dia telah wafat " Rasulullah shallahu alaihi wassalam berkata:"Mengapa kalian tidak memberitahukan hal itu kepadaku?" Abu Hurairah berkata: "Seolah-olah mereka menganggap bahwa kematian Ummu Mahjan itu adalah hal yang simple. Rasulullah bersabda:"Tunjukkan kepadaku dimana kuburnya!" Maka mereka menunjukkan kuburnya kepada Rasulullah kemudian Rasulullah shalallahu alaihi wassalam menyolatkannya lalu bersabda:

"Sesungguhnya kubur ini terisi dengan kegelapan atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka kerana aku telah menyolatkannya"(2)

Semoga Allah merahmati Ummu Mahjan radhiyallahu anha yang sekalipun beliau seorang yang miskin dan lemah, akan tetapi beliau turut berperanan sesuai dengan kemampuannya. Beliau adalah pelajaran bagi kaum muslimin dalam putaran sejarah bahwa tidak boleh menganggap mudah suatu amal sekalipun kecil.

Oleh kerana itu ia mendapatkan perhatian dari Rasulullah shalallau alaihi wassalam hingga ia wafat. Sehingga beliau menyalahkan para sahabat beliau ridhwanullahi alaihim yang tidak memberitahukan kepada beliau perihal kematiannya agar beliau dapat mengantarkan Ummu Mahjan ketempat tinggalnya yang terakhir didunia. Bahkan tidak cukup hanya demikian namun beliau bersegera menuju kuburnya untuk menyolatkannya agar Allah menerangi kuburnya dengan shalat beliau.Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk meniru dan meneladani akhlak mereka yang merupakan sebaik-baik generasi diatas muka bumi. Allahumma jadikanlah kami termasuk orang-orang yang mencintai RasulMu dan para sahabatnya dan wafatkanlah kami diatas islam dan sunnah. Wallahu 'alam bishawwab.
Sumbangan SHARINI pada Tuesday, October 12 @ 11:33:43 MYT

Mengapa harus bersedih, jika anda memiliki ENAM formula?

Penulis buku Al-Farj Ba'da Asy-syidah menyebutkan bahawa salah seorang Hukama' diuji dgb suatu musibah. Maka datanglah teman-temanya mengucapkan keperihatinan mereka terhadap musibah yang menimpanya. Hukama' itu pun berkata : 'Aku tahu ada satu ubat yg terbuat dari enam formula yang berbeza." Teman-temanya pun bertanya: Apa dia?" jawabnya :

1. Percaya sepenuhnya kepada ALLAH...


2. Kesedaranku bahawa semua yang Allah telah takdirkan akan terjadi.


3. Sabar adalah senjata terbaik yang mesti dipergunakan oleh orang-orang yang sedang mendapat ujian.


4. jika saya tidak bersikap sabar, lalu apa lagi yang boleh saya lakukan?! dan kesedihan tidak akan boleh membantuku.


5. Mungkin saja saya akan berada dalam keadaan yang lebih buruk daripada keadaan saya sekarang ini


6. Dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka.


Oleh itu,,janganlah bersedih ...takpe...ALLAH ade dgn kite...


Petikan dari buku La Tahzan jilid satu...<setelah kesulitan, pasti ada kemudahan> Don't be sad..^_^

siapa MUSTAFA KAMAL ATTARTUK???? sampaikan bumi pun tidak mahu menerima jasadnya...

Assalamualaikum....alhamdulillah ....hari ni ada time sket terdetik di hati kecil ini untuk berbicara tentang Siapakah MUSTAFA KAMAL ATTARTUK.sambil memenuhi hajat sahabat yg ingin sangat dgr ceritanya...jadi..untuk memudahkan cara kita cerita saja kat sini ...semoga ia membawa manfaat kpd hadirin yang membaca.... sering kali kita mendengar tentang kisah bumi yang tidak menerima jasadnya...tapi kenapa??? ..inilah yang perlu kita ketahui... 
Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliaupengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulamaTurkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Saturday, 15 October 2011

PESANAN IMTIHAN DRP UKHTI SENIORKU



SALAM, musim2 exam ni ramai yang mula busy dengan hal masing-masing….namun, inginku membuat suatu perkongsian tentang nasihat yang diutuskan oleh seorang seniorku ketika nak exam dulu…sebenarnya msg ni sampai dahulu kepada roomateku kemudian di forwardkan kpd ku…sebagai langkah berjaga2 agar niat x lari drp tujuan asal…biasalah niat mesti sentiasa dijaga…tgk nak lari sket…cepat2 kita pegang balik….

Hmm… utk renungan kita bersama, begini bunyi msgnya :-

“MARKAH YG DIDAPATI HASIL IMTIHAN BUKANLAH TUJUAN UTAMA KITA. YG PENTING KEFAHAMAN DALAM PEMBELAJARAN DAN HASIL TATBIQ DLM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA UNTUK MENCAPAI MARKAH DI AKHIRAT, ITULAH MATLAMATNYA. JANGANLAH RUNSING MENGENAI HAL PEPERIKSAAN, BELAJARLAH DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH DAN AMBIL MANFAAT DARI ILMUNYA : - SYEIKH HAIDAR ALMUNEM- BITTAUFIQ WANNAJAH

Hmm..begitulah bunyinya…penuh bermakna kata2 syeikh Haidar Almunem tu…malah termenung kami apb membacanya.. walaupun nilai ‘A’ tu begitu penting dlm kehidupan kita di dunia,,,namun janganlah kita lupa nilai TATBIQ dlm kehidupan yang diambil kira dalam kehidupan yang kekal abadi kelak…

 ^_^ :- JAGA DIRI HIASI PERIBADI




Friday, 14 October 2011

Jangan risau akan jodohmu



Wahai wanita solehah,
Jangan risau akan jodohmu
Kerana
Muslimin yang bijaksana itu
Tidak akan terpaut pada wanita
Hanya pada kecantikan atau lirikan
Senyuman,
Pada bicara manja yang menggoda,
Pada pujuk rayu seorang wanita
Yang meruntuhkan imanya.
Sesungguhnya
Lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.
Andai belum sampai jodohmu,
Anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinanya bagi memimpin dirimu.
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya
Dan
Lelaki yang benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu..
Dan ingatlah,
Lelaki soleh menilai wanita dgn akhlak dan agama..
Lelaki soleh tidak menginginkan pertemuan dgn wanita..
Kerana
Takut memberi ksmpatan kpd syaitan utk menggoda
Lelaki warak tidak bermain cinta, krn dia tahu
Apa matlamat dlm sesebuah pertemuan..
Jagelah pandanganmu,
  • Awasilah akhlakmu…
Kuatkan pendirianmu,
Jika ditakdirkan tiada cinta daripada ADAM….,,,
Cukuplah CINTA ALLAH UNTUKMU…… seperti
Wali ALLAH Rabi’atul Adawiyah..yang hanya mengharapkan cinta daripada ALLAH untuknya… 

IMTIHAN???? EXAM????









Salam,,, setelah diluluskan akta-akta penubuhan university sultan zainal abidin maka dengan ini akta-akta untuk final exam juga turut diperkenankan. Jadi tarikh-tarikh penting juga dipilih untuk budak-budak FKI untuk menduduki exam….diumumkan dengan rasminya 9 oktober 2011 – 19 oktober 2011 adalah tarikh penting  untuk anda semua  ingati dan bersedialah untuk pertempuran terakhir sem ini….

Start hari pertama exam hingga hari ketiga exam…..semua budak2 FKI berebut2 nak masuk dewan…fuhh!! Memang semua bersemangatlah…..pintu besar pun agak busy nak layan orang yang ramai sgt excited nak kluar awal…

Ha! Hari rabu plak menjelma dengan sinaran matahari yang agak indah di pagi hari menyuluh student2 FKI yang nak gi exam TAFSIR ni….huh! nil ah subjek yang memang aku paling “sayang” lah…. Macam biasa , semua excited nak masuk…. Tapi hari tu memang lain lah…pintu besar sunyi x berteman…  suasana dewan x seceria selalu…ramai yang sedang merenung syiling yang berhiaskan lampu tanpa seni…entah ape dipandang….ade jugak yang saling berpandangan sesame sendiri…sambil masing2 bermonolog dalam hati…YA ALLAH! Bantulah hambamu ini YA ALLAH…. Semuanya berkerut dahi memikirkan jawapan sesuai yang harus diberi….akhirnya “masa menjawab telah tamat, para pelajar hendaklah mnyemak maklumat yang diperlukan, adakah ia telah ditulis ataupun tidak”…. Semua berpandangan sesame sendiri….akhirnya semua monyok meninggalkan dewan…..

Hari ini 15 oktober,,hari yang paling ditunggu2 oleh semua student yang mengambil subjek KILLER ni,,NAHU SORAF,,,,,,subhanALLAH….. setelah bersengkang mata bersama rakan2 seperjuangan semalaman untuk study benda ni….tapi x sungguh x kata…subjek nil ah subjek yang paling susah dalam banyak2 madah….subjek yang paling menonjol kekejamanya….huh! hari ni lagi best drp sebelumya.. dapat je soklan,,semua bertafakkur seketika…pandang kiri , pandang kanan, mata bertentang mata, sambil hati berkata-kata , mulut senyum tanda ‘bahagia’, dengan senyuman yang penuh seribu makna.. exam kali ni lain drp biasa…klw selalunya 2 jam…kali ni 2jam setengah….yang memang ku peliknya ade jugak sahabat2 yg keluar awal meninggalakan dewan….hati bermonolog sendirian ,,,memkirkan bertapa hebatnya mereka boleh keluar awal….sambil otak ligat refresh balik hafalan semalam….majority masih belum berganjak….ramai jugak yang asyik menggelengkan kepala….tanda kecewa dengan soalan yang ditujukan….sebelum ini,,kami pun dikhabarkan bhw soalan tahun ni agak lain drp sebelumnya…klw lebih senang tu okay la jugak…ni,, berganda2 susahnya….ALLAHUAKBAR…..masa berbaki lima belas minit shj lg….otak ku semakin ligat bekerja dan kupaksa juga sehabis mungkn untukmengingati balik ape yang dihafal dan dipelajari…rakan2 lain juga gundah gulana dibuatnya apabila ditekan oleh masa yang semakin hampir…habis exam!!! Selesai kertas dikutip…dewan riuh rendah dengan luahan hati masing2…sahabatku yg kat blakang nu ni pun berkata2… “weh, gano soale saknih?? Bereh??,,,kemudian aku menunjukkan isyarat ibu jari ke bawah….dia pun menyambung “nil ah soale hok paling susoh di dunia “…………..hmm!! aku bersungguh angguk tanda setuju……haaaaaaaa……………………… semua sudah berusaha sebaik mungkin……mungkin ada hikmah di sebalik semua ni….……hatiku bermonolog mencari semangat yang ketandusan…subhanallah…rintihku….semua keluar meninggalkan dewan yang memberi seribu ingatan kepada semua budak2 FKI……tinggal 2 exam shj lagi….kali ni mesti lebih bersungguh drp biasa…..namun jangan disalah ertikan tulisan ini hanyalah sebagai penenang dikala duka….

Thursday, 13 October 2011

DENYUT NADI PERJUANGAN...IKHTILAT"




http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png


                   IKHTILAT; SIAPA KATA TAK BOLEH??
-artikel ringkas ini telah dahulu disiarkan di dalam sebuah risalah ringkas.


"Kenapa mesti marah kat aku?? Bukannya aku buat benda salah. Nak kenal saudara islam je pun..." tutur seorang sahabat. Murni niatnya itu.
"Anta jangan salah faham. Ana nak kenal dia je. Bukankah al-quran menyuruh kita untuk berkenal-kenalan? Rujuk surah al-hujurat.." Ujar seorang sahabat dengan tegas. Bukan calang-calang, ditompang keinginannya itu dengan dalil yang meng'halal'kan hasratnya itu.

Ramai yang kebuntuan. Mereka yang tahu semakin melawan. Mereka yang jahil semakin menyimpang. Dunia tanpa batasan sudah mula ditafsir dengan ilmu sendiri. IKHTILAT DIBUDAYAKAN!!

IKHTILAT; ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

Ikhtilat (pergaulan) kurang dituturkan oleh kebanyakan masyarakat, namun perbuatannya kian membiak dengan derasnya. Malah, mereka yang tahu agama juga tidak terlepas dari melewati batasan syariat ini. Syariatullah tidak pernah menghalang firtah manusia, bahkan ia selalu mengawal manusia supaya menterjemahkan fitrah itu dengan sebaiknya.

"demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan.." -As-Shams, 7&8.

Allah telah mengilhamkan dalam diri hambaNya sukma kefasikan dan ketakwaan, maka adalah menjadi pilihan manusia untuk memilih antara dua persimpangan ini. Tiada yang ketiga.

Dalam perkara ini--pergaulan antara lelaki dan perempuan, syariat telah membina batasan demi menjaga maruah diri, kesucian hati, dan rabitah imaniah dengan Ilahi. Batasan itu bukanlah sesuatu yang menyusahkan, jelas ia menjadi pemandu ke arah jalan ketakwaan.

Tegahan supaya menundukkan pandangan-ghadul basar (an-nur,30-31), sebagaimana nabi s.a.w juga menegah pandangan kedua mengiringi yang pertama, justeru bagi mengelakkan dari panahan syaitan yang merosakkan jiwa insan dari mengenal cinta Tuhan. Hamba Allah yang beriman juga diharamkan dari melunakkan suara dalam berbicara dengan bukan mahram (al-ahzab, 32) kerana suara mampu mencairkan benteng iman yang rapuh itu. Malah, sudah jelas garis panduan yang boleh disemak dalam dalil yang sarih. Jika diikut, muamalat yang baik dapat dipupuk.

Tegahan itu untuk mengelakkan mudarat lebih besar dari berlaku. Allah bukan sekadar menghalang ZINA, bahkan JALAN untuk mendekatinya pun ditutup rapat tanpa kompromi. Semua itu demi memupuk fitrah insan yang suci dari terus dikotori, dan menjaga masyarakat dari kefasadan yang pasti.
Namun, yang dirisaukan sekarang bukan pada mereka yang jahil sahaja, malah mereka yang bakal memegang title ustaz dan ustazah, protaz dan sebagainya juga terjebak dengan semua ini. Dengan alasan study group, 'ukhwah fillah', mesyuarat, belanja makan tanda penghargaan dialas supaya mengindahkan lagi ikhtilat haram mereka itu. Jelas, perkara haram tidak boleh bercampur dengan halal!

"dan jangan kamu campurkan hak dengan batil, dan kamu menyembunyikan hak sedangkan kamu mengetahuinya.."-al-baqarah, 42.

Niat yang baik tidak dapat menghalalkan ikhtilat yang ditegah dalam Islam. Ingatlah, syaitan mampu memesongkan niat mulia kita untuk 'ukhwah' itu dengan pergaulan yang berakhir dengan murka Allah. Walaupun ilmu agamamu tinggi melangit walau digelar ustaz sekalipun! (al-ankabut, 38)

PENTINGKAH TUHAN DALAM HIDUPMU?

Sebagai hamba Allah, jangan teruskan beralasan dalam melaksanakan hukum dan peraturan yang telah ditetapkan.
Namun, jika kamu mampu membawa segala alasan itu untuk berlepas dengan azab Allah kelak, persilakanlah!!
Tunduk dengan perintah Allah mampu membuktikan akur dan patuh kita sebagai hamba yang kerdil disisiNya. Banyak beralasan menumbuhkan benih kesombongan dan itu bukan selayaknya hamba yang beriman dan yang menambakan syurga.

Siapa kata ikhtilat itu tak boleh, maka bukalah al-quran dan as-sunnah untuk mengetahuinya.

Dan bermuhasabahlah, di mana Allah dalam prioriti kamu??