Monday, 23 January 2012

Pelaburan Saham Dosa di FB!!!!!!


............Wahai adik2ku....wahai kakak2ku........
........Dengarlah pesanan ayahnda kita  tu.......

jika kita merasakan diri kita berharga 
cepatlah buang gambar2 yg tidak menutup aurat tu......

Berhentilah kalian semua daripada menyertai skim cepat kaya ni....

KAYA apa????? Boleh dapat duit ke????

Tak.............KAYA DOSA........... wahai sahabat...

...Berhentilah daripada menjaja diri anda di medan fb...

Jika x sayang diri sendiri pun....simpatilah kepada kepada ibu bapa kita....
silap2...akibat perbuatan kita......"keuntungan" ini juga turut dikongsi oleh mereka..

note tambahan : adakah anda tahu bhw setiap mata yg melihat gambar anda..bhg manakah yg mereka perhatikan??? anda x takutkah??? anda tak risaukah??? klw  x rasa apa2 cepat2lah bertaubat...mesti ada yg tak kena dengan hati anda...

Monday, 16 January 2012

Ilmu Qiraat

Assalamualakum w.b. post kali ni hanya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu asas tentang qiraat...


" SEBAIK-BAIK DI KALANGAN KAMU ADALAH ORANG YANG MEMPELAJARI AL-QURAN DAN MEGAJARKANYA" (hadith riwayat Bukhari Muslim)

ISTILAH MAKNA CONTOH


1. Qiraat
Qiraat atau lebih dikenali sebagai
cara bacaan. Ia bermaksud perbezaan pokok pada bacaan al-Quran yang disandarkan kepada mana-mana Imam-imam al-Qiraat.Qiraat Imam `Asim danImam Nafi`.


2. Riwayat
Riwayat atau lebih dikenali sebagai periwayat bacaan. Ia bermaksud cara bacaan al-Quran yang disandarkan kepada perawi bacaan Imam-Imam al-Qiraat sebagaimana di atas.
Bacaan riwayat Hafs yang diambil dari Qiraat Imam al-`Asim dan bacaan riwayat
Qalun yang diambil dari Qiraat Imam Nafi`.


3. Turuq
Turuq atau lebih dikenali sebagai aliran bacaan. Ia bermaksud cara
bacaan al-Quran yang disandarkan kepada mana-mana perintis atau penerus bacaan
periwayat-periwayat bagi Imam-imam Qiraat.Bacaan riwayat Warsh daripada Qiraat
Imam Nafi` seperti apa yang diambil melalui Tariq al-Azraq.




Nama-nama Imam Qiraat yang terdapat dalam kitab al-Hirzu al-Amaani Wa al-wajhu al-Tahaani :
i) Naafi’ al-Madani
ii) Ibn Kathir al-Makki
iii) Abu ‘Amru al-Basri
iv) Ibn ‘Aamir al-Dimasyqi
v) A’asim al-Khufi
vi) Hamzah al-Khufi
vii) Al-Kisaaei al-Khufi
Setiap Imam mempunyai 2 orang anak murid yang paling masyhur[9]. (dan setiap anak murid mempunyai ramai pewaris yang digelar Turuq) Dan bacaan yang disandarkan kepada anak murid di gelar sebagai riwayat.
1) Naafi' al-Madani          = qalun & warsy
2) Ibn Kathir al-Makki       = al-Bazi & al-Qunbul
3) Abu ‘Amru al-Basri       = al-Duuri & al-suusi
4)  Ibn ‘Aamir al-Dimasyqi = Hisyam & ibnu Zakwan
5)  A’asim al-Khufi           = syu'bah & Hafs
6) Hamzah al-Khufi          = Khollaf & Khollad
7) Al-Kisaaei al-Khufi       = Abu Harith & al-Duuri

Perkembangan bacaan Qiraat seluruh dunia Islam
o Bolehlah disimpulkan sebegini:
• Qiraat Naafi’ bin Abd Rahman melalui riwayat Qaaluun terdapat di Libya dan sebahagian di Tunisia (0.7%). Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair, Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan(3%).
• Qiraat Abu ‘Amru al-Basri terdapat disebahagian wilayah di Sudan (0.3%)
• Qiraat Ibn ‘Aamir al-Dimasyqi terdapat di Yaman (1%)
• Dan selain daripada itu, kesemuanya mengamalkan Qiraat ‘Aasim bin Abi Najud melalui riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi.(95%)
Bagi bacaan Imam Hamzah dan Imam Kisaie sudah pun pupus dalam ertikata tidak ada lagi masyarakat atau kumpulan yang mengamalkannya. Walaupun begitu kedua-dua bacaan ini masih lagi dipelajari di Institusi yang menawarkan pelajaran ilm Qiraat agar tidak pupus ditelan zaman.
contoh :
contoh : 
contoh :


* selamat belajar...^_^