Wednesday, 5 September 2012

Himpunan cerita benar tapi pelik?





Buku “Himpunan Kisah Benar tapi Pelik” ini disusun berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara ‘benar tapi pelik’ yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah SWT menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan oleh mereka serta menjadi bukti-bukti kebesaran Allah. Antara keistimewaan dan kelebihan buku ini ialah ia mengajak masyarakat menggunakan akal secara optimum dalam mengkaji dan merenung kebesaran Allah SWT. Ia juga memasakkan keteguhan iman dan takwa kepada Allah SWT melalui kisah-kisah yang menakjubkan. Selain itu, ia memotivasikan orang ramai agar beriman dan beramal soleh supaya mendapat nusrah (pertolongan) dan karamah (kemulian) di sisi Allah SWT, juga turut menunjukkan tauladan, panduan dan pedoman berguna selaku hamba Allah SWT sehingga benar-benar menjadi insan yang berakhlak dan beriman. Ia juga sebagai satu usaha menghidupkan kembali khazanah ilmu tulisan ulama silam yang semakin pupus ditelan zaman dan sesuai dijadikan sebagai santapan rohani, renungan sebelum tidur atau sebagai koleksi peribadi mahupun cenderahati agar kita sama-sama dapat mengkoreksi diri.


Nama Penulis : Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamed
Harga: RM 26.00
Kod Produk: TBBK 1225
ISBN: 978-967-388-085-0
Saiz: 14 cm X 21 cm
Cetakan: 2 Warna
Mukasurat: 232 ms
Tarikh produk berada di pasaran: Julai 2012

Jika anda berminat untuk mendapatkannya sila layari laman web ini :- 

Kembara Ustaz ::: Jilid 1 - komik

Komik Kembara ustaz edisi terbaru Memaparkan pelbagai cerita , ilmu tauhid, ibadah, doa-doa dan amalan -amalan soleh yang dapat memantapkan keimanan, juga mendekatkan diri kepada Allah S.W.Tmenerusi lakaran kartun dan bahasa yang mdah , buku ini amat sesuai sebagai bahan bacaan pelbagai eringkat usia , samada kanak-kanak, remaja dan dewasa. 




VKBK1007 Kembara Ustaz Jilid 1
Visi Kreatif

RM5.00   

berminat : sila kunjungi kedai buku online http://www.stormreaders.net/nurbahirah

piagam kefahaman islam





Dr . Yusuf al-Qaradhawi terkenal dengan pendekatan sederhana dan sentiasa menyeru kepada kesederhanaan dalam segala aspek. Manhaj (kaedah) beliau ialah kemudahan dalam memberi fatwa, memberi khabar gembira dalam berdakwah, tegas dalam persoalan pokok dan mudah dalam perkara cabang. Justeru dalam buku ini, beliau dan Kesatuan Ulama Muslimin Antarabangsa telah meletakkan beberapa usul atau kaedah yang patut menjadi pegangan dan pendirian kepada para ulama dalam menghadapi pelbagai persoalan kehidupan.

Nama Penulis : Kumpulan Penulis K-Fiqh
Harga: RM 20.00
Kod Produk: TBBK 1230
ISBN: 978-967-388-090-4
Saiz: 16.5cm X 24cm
Cetakan: 1 Warna
Mukasurat: 195 ms
Tarikh produk berada di pasaran: Julai 2012

Kunjungi kedai buku online di http://www.stormreaders.net/nurbahirah mudah dan cepat pembelian hanya di hujung jari anda! dapatkan segera sementara stok masih ade!

Mengapa Rasulullah tidak mudah sakit..



Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit :
Tiada yang menafikan bahawa sihat adalah faktor kejayaan. Bahkan, sihat adalah tiang utama kejayaan itu sendiri. Walaupun ada juga orang yang berjaya dengan mempunyai penyakit, namun orang yang sihat ‘jauh lebih mungkin’ untuk melakukan suatu impian yang tidak boleh dilakukan oleh orang sakit. Itulah rahsia sebuah kata-kata hikmah yang berbunyi “Orang sihat boleh mempunyai seratus keinginan, namun orang sakit hanya mempunyai satu keinginan”.
Sihat fizikal semata ‘bukan jaminan’ kesejahteraan di muka bumi. Bahkan, sihat fizikal yang tidak diimbangi sihat rohani, sihat sosial dan sihat emosi intelektual nyata membawa malapetaka kehancuran. Firaun, Hitler, Gengis Khan adalah individu yang sihat gagah perkasa namun justeru menjadi magnet kehancuran di muka bumi ini.
Rasulullah telah menunjukkan cara agar ‘Sihat Holistik’ untuk kita. Ketika kita tercari-cari ‘nawaitu’ mempelajari tiang memperoleh kesihatan maka pintu-pintu kesihatan telah terbuka; dan kita boleh merawat sakit yang acapkali hadir. Ataupun kita dapat meminimakannya. Cara mana yang lebih baik dari cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah? Kami yakin, anda orang bijak untuk menuju sihat itu sendiri.
Buku ini juga mendapat sentuhan daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sempat berkongsi tips kesihatan dan pengalaman beliau merasai sakit yang panjang kepada kita semua.
KPBK1063 Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit
RM17.00
Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit :
Membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa dan holistik.
Tentu anda ingin tahu :
  •   Formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah
  • Teknik menjaga kebersihan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh
  • Tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunah Rasulullah
  • Kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan sunah Rasulullah
  • Kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia
  • Rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat
  • “Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit”
  • Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit membincangkan perihal rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Buku ini juga membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah.
  • Adakah anda mahu kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan?
  • dapatinya di :