Sunday, 24 March 2013

~Hilangnya sebutir permata dunia..


Tika itu... 
Bumi Syams dihujani bom api..
Rakyat Syria ditikam peluru besi..
Para syuhada pula besusun pergi...
Rakyat dunia termenung sendiri...

Dalam kekalutan yang kian melanda..
Info helah disiar media..
akhirnya...
rakyat dunia senang terpedaya...
ada yang percaya...
ada juga sebaliknya..

Namun...
di balik serpihan-serpihan kaca...
kontroversi mula melanda..
kali ini ianya bukan lagi melibatkan tokoh2 politik dunia...
sebaliknya ia melibatkan tokoh ilmuan agama...
yang dimaksudkan saya adalah  
Syeikhuna Al-mahbub Al-'allamah Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti...

Saat itu banyak fitnah yang melanda dirinya...
walau apa kata orang mengenai dirinya...
jangan kita lupa...
beliaulah murabbi, guru, mursyid di zaman ini...
pena kalamnya banyak memberi manfaat kepada anak2 muda...
lagi2 kita yang belajar agama...
pernah beliau mengunggkapkan kata...
"Aku akan pergi menghadap Allah dalam keadaan Aku tidak akan menjawab segala Tohmahan dan tuduhan ke atasku.." Allahu..

malahan sebelum hari kewafatannya..
suara lisan keluar bergema...

"Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)


tarikh keramat 21 Mac 2013..
Telah perginya ulama besar ini mengadap tuhannya..
di tempat yang mulia..Masjid al-Iman Dimashq..
di dalam majlis yang mulia yakni "majlis ilmu..
pada malam yang mulia yaitu "malam jumaat..
dan pada waktu yang mulia.."antara maghrib dan isyak...
Subhanallah.. Maha suci Allah yang telah memuliakannya...
Semoga kita juga mendapat kesempatan sepertinya..
Amiin Ya Rabb...




suasana masjid al iman dimashq

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas As-Syahid Syeikh Dr Ramadhan Al-Buti.


Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya 

"Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku


Semoga Allah merahmati Allahyarham as syeikh..

Semoga Rejim yang Zalim akan dihancurkan Allah selunak-lunaknya juga dari dunia ini..Amiin