Wednesday, 25 July 2012

Ketika Cinta Berusrah





Alhamdulillah........... Akhirnya pada tarikh keramat 17 julai 2012......... secara rasminya Squad Nuqoba' FKI melancarkan misinya yang pertama................... setelah banyak dugaan dan cabaran yg dihadapi menyebabkan benda ni tertangguh dan ditangguh.... akhirnya dengan HIMMAH yang tinggi dr shbt2 pimpinan PMKI bersama Unit suluh diri ....misi yg pertama ini iaitu membuat first meeting bersama adik2 sem1 berjaya disetlekan.. Alhamdulillah.... 


"Erk...tapi kenapa payah sgt nk buat sistem usrah ni....bukan dah lama ke antum semua planning??"
seorang sahabat bertanya...... 


YESSSS!!!!.....itulah yg kami semua tertanya-tanya....... 


"Kenapalah payah sgt nk lepas usrah ni??????"


hmm...seseorang shbt menjawab."..mungkin usrah ni mereka fikir bahaya kot......"


erk.... hmm.... mungkin...... tapi ana pun masih x nampak kat mana bahayanya usrah bagi mereka.........


okey....biarkanlah persoalan tersebut berlalu dengan angin yg menyusut........










Persoalannya, ape benda USRAH tu kak????


Ha!...jangan terkejut pulak bila org tanya ape benda usrah ni..... sama ada ia sejenis biskut ke....  sardin ke.....nama baru roti canai ke..... hehe... sebenarnya perktaan usrah ni x asing bagi mereka yg berlatar belakng kan islamik yang ibu bapa mereka bergiat dlm gerakan2 islam.... dan ianya juga tidak pelik bagi mereka yg belajar di sekolah agama....namun, ia akan jadi suatu yang janggal kepada mereka yang terasing drp persekitaran tersebut........ hmm....


Bagi kebanyakan dari kita...bila ditanya apakah usrah?....kebanyakan mereka akan jwb.... "itulah yg jumpa seminggu skali...lepas buat bulatan...n then... kongsi2 ilmu....".... na'am yess betul tu.... tapi x tepat lagi.... ataupun sesetengah dr kita beranggapan usrah ni adalah tempat mencari ilmu dan tempat mentopupkan iman bila 'berkelapangan' shj........... Maka andaikata masa tersebut lapang.. "maka INSYAALLAH lah dia akan menyertainya....." tetapi jika ada hal lain......... "erk....nanti sy fikir2 dulu ye kak..."..hehe... biasalah tu......


baiklah...sebelum kita bertaaruf dengan makna usrah ni.... ada baiknya kita terbang dulu ke sejarah silam...yakni pada zaman Rasulullah..... 


"eh kak, di Zaman Rasulullah ade ke Usrah ni???"


Jawapannya........benar ada.............................. Pada peringkat awal permulaan da’wah Islamiyah, Rasulullah SAW yang telah bermula dengan seorang diri. Lalu ia dikongsikan dan disebarkan kepada keluarganya terapat, di dalamnya termasuk Khadijah, zaujah baginda dan Ali, anak saudaranya. Selain dari itu, beberapa sahabat RasuluLlah yang terapat juga telah disampaikan dengan risalah agung ini, contohnya Abu Bakar as-Siddiq dan datang daripadanya pula Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain lagi.
Zaman awal tersebut merupakan suatu zaman yang tertumpu kepada penjernihan fikrah; penjernihan aqidah Islam kepada yang tulen. RasuluLlah SAW pada ketika itu banyak berjumpa dan mengajar sahabat-sahabatnya yang baru memeluk Islam, tetapi suasananya penuh dengan kerahsiaan. Sebabnya mudah; kaedah da’wah yang dilakukan adalah da’wah fardiyah dan setiap orang ingin menjaga keselamatan masing-masing. 
 RasuluLlah telah membuat pertemuan-pertemuan di rumah beberapa sahabat. Antara yang paling masyhur sekali kisahnya ialah pertemuan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Satu majlis yang kecil yang terdiri daripada beberapa orang sahabat tertentu dibuat untuk membentuk nilai-nilai Islamik ahlinya. Tetapi, pada ketika itu ia tidak disebut sebagai usrah.


Tetapi selepas berlalunya zaman itu.....islam kembali asing..... seperti janji yg dilontarkan Rasulullah... Islam itu dtg dlm keadaan asing...dan ia juga akan kembali menjadi asing...


kemudian zaman jahiliyah semakin berleluasa terutamanya selepas runtuhnya kerjaan khilafah pada tahun 1924...






Kemudian pada ketika itu... As-Syahid Imam Hassan Al-Banna... yang telah menyedari akan hakikat ini telah memulakan usaha-usaha untuk mengembalikan sistem khilafah tersebut..Antara perkara yang diperhatikan ialah bagaimana institusi keluarga itu telah gagal di dalam membentuk peribadi muslim yang tulen. Ibu bapa gagal mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah Islamiyah yang betul. Maka dari situ, lahirlah satu sistem yang mengumpulkan orang-orang yang ingin berubah dan mengubah di dalam satu kumpulan khusus bernama usrah.....








"ooo...begitu...jadi apakah makna usrah tu kak???"


Usrah : Kenapa? Kerana ia bertujuan membawa fungsi membentuk individu muslim dengan tarbiyah Islamiyah yang tulen kepada ahlinya sementara institusi keluarga yang sebenar belum dapat menjalankan fungsi tersebut dengan baik. Ketuanya  (naqib/bah) umpama seorang bapa/ketua. Ahlinya yang lain umpama anak-anak. Seorang naqib memainkan peranan yang sangat penting sebagai bapa untuk menjaga kebajikan ahlinya, seorang syeikh dalam memberi pengisian ruhiyah, seorang ustaz di dalam mendidik dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, dan seorang qiyadah di dalam memberi arahan yang perlu dilaksanakan.




Hasilnya ialah, sistem usrah itu bertujuan menjadi salah satu daripada wasilah tarbiyah untuk mendidik dan membina individu-individu muslim yang tulen lagi “tegar”.
Namun ianya hanya akan berhasil jika menepati 3 rukun usrah...


"owh...usrah pun ade rukun eh kak???ingatkan solat je ade rukun...........hehe"


betul  tu..usrah mempunyai 3 rukun...iaitu yang... (1) Taaruf, iaitu saling berkenalan sesama ikhwah hingga sampai  tahap mengenali potensi dan kelemahan setiap individu di dalam kumpulan tersebut... (2) Tafahum, saling memahami hingga seorang akh itu dapat menegur dan ditegur oleh akh yang lainnya, dan (3) Takaful, seperti seruan Rasul; “Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan”.


Akhirnya.......... usrah yang berkesan adalah usrah yang mendapat partisipasi yang hebat dr ahlinya di samping bimbingan yang optimis dan mantap oleh naqibnya...insyaALLAH....


Pesanan imam Hasaan Al-Banna... Jika kita tidak Optimis, akibatnya usrah itu akan terus lemah dan mati... Matinya usrah merupakan satu kerugian yang besar kpada dakwah kerana usrah adalah harapan islam dan ummat islam...... 


>>>Oleh itu, ayuh dengan usaha yg sedikit ini semoga ada sesuatu yg mampu  kita sumbang untuk bantu Islam....<<<<< 


Rajinkan diri dengan berusrah.........Malaskan diri dngan pembaziran masa..... jauhilah diri dari maksiat durjana....... semoga ALLAH redha dengan semuanya ye dik........... JOM BERUSRAH!!! 


#HIDUP PERLU MEMILIH...MEMILIH KRN ALLAH# ^_^