Mengapa Rasulullah tidak mudah sakit..



Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit :
Tiada yang menafikan bahawa sihat adalah faktor kejayaan. Bahkan, sihat adalah tiang utama kejayaan itu sendiri. Walaupun ada juga orang yang berjaya dengan mempunyai penyakit, namun orang yang sihat ‘jauh lebih mungkin’ untuk melakukan suatu impian yang tidak boleh dilakukan oleh orang sakit. Itulah rahsia sebuah kata-kata hikmah yang berbunyi “Orang sihat boleh mempunyai seratus keinginan, namun orang sakit hanya mempunyai satu keinginan”.
Sihat fizikal semata ‘bukan jaminan’ kesejahteraan di muka bumi. Bahkan, sihat fizikal yang tidak diimbangi sihat rohani, sihat sosial dan sihat emosi intelektual nyata membawa malapetaka kehancuran. Firaun, Hitler, Gengis Khan adalah individu yang sihat gagah perkasa namun justeru menjadi magnet kehancuran di muka bumi ini.
Rasulullah telah menunjukkan cara agar ‘Sihat Holistik’ untuk kita. Ketika kita tercari-cari ‘nawaitu’ mempelajari tiang memperoleh kesihatan maka pintu-pintu kesihatan telah terbuka; dan kita boleh merawat sakit yang acapkali hadir. Ataupun kita dapat meminimakannya. Cara mana yang lebih baik dari cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah? Kami yakin, anda orang bijak untuk menuju sihat itu sendiri.
Buku ini juga mendapat sentuhan daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sempat berkongsi tips kesihatan dan pengalaman beliau merasai sakit yang panjang kepada kita semua.
KPBK1063 Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit
RM17.00
Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit :
Membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa dan holistik.
Tentu anda ingin tahu :
  •   Formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah
  • Teknik menjaga kebersihan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh
  • Tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunah Rasulullah
  • Kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan sunah Rasulullah
  • Kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia
  • Rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat
  • “Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit”
  • Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit membincangkan perihal rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Buku ini juga membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah.
  • Adakah anda mahu kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan?
  • dapatinya di :

Comments