Monday, 16 January 2012

Ilmu Qiraat

Assalamualakum w.b. post kali ni hanya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu asas tentang qiraat...


" SEBAIK-BAIK DI KALANGAN KAMU ADALAH ORANG YANG MEMPELAJARI AL-QURAN DAN MEGAJARKANYA" (hadith riwayat Bukhari Muslim)

ISTILAH MAKNA CONTOH


1. Qiraat
Qiraat atau lebih dikenali sebagai
cara bacaan. Ia bermaksud perbezaan pokok pada bacaan al-Quran yang disandarkan kepada mana-mana Imam-imam al-Qiraat.Qiraat Imam `Asim danImam Nafi`.


2. Riwayat
Riwayat atau lebih dikenali sebagai periwayat bacaan. Ia bermaksud cara bacaan al-Quran yang disandarkan kepada perawi bacaan Imam-Imam al-Qiraat sebagaimana di atas.
Bacaan riwayat Hafs yang diambil dari Qiraat Imam al-`Asim dan bacaan riwayat
Qalun yang diambil dari Qiraat Imam Nafi`.


3. Turuq
Turuq atau lebih dikenali sebagai aliran bacaan. Ia bermaksud cara
bacaan al-Quran yang disandarkan kepada mana-mana perintis atau penerus bacaan
periwayat-periwayat bagi Imam-imam Qiraat.Bacaan riwayat Warsh daripada Qiraat
Imam Nafi` seperti apa yang diambil melalui Tariq al-Azraq.




Nama-nama Imam Qiraat yang terdapat dalam kitab al-Hirzu al-Amaani Wa al-wajhu al-Tahaani :
i) Naafi’ al-Madani
ii) Ibn Kathir al-Makki
iii) Abu ‘Amru al-Basri
iv) Ibn ‘Aamir al-Dimasyqi
v) A’asim al-Khufi
vi) Hamzah al-Khufi
vii) Al-Kisaaei al-Khufi
Setiap Imam mempunyai 2 orang anak murid yang paling masyhur[9]. (dan setiap anak murid mempunyai ramai pewaris yang digelar Turuq) Dan bacaan yang disandarkan kepada anak murid di gelar sebagai riwayat.
1) Naafi' al-Madani          = qalun & warsy
2) Ibn Kathir al-Makki       = al-Bazi & al-Qunbul
3) Abu ‘Amru al-Basri       = al-Duuri & al-suusi
4)  Ibn ‘Aamir al-Dimasyqi = Hisyam & ibnu Zakwan
5)  A’asim al-Khufi           = syu'bah & Hafs
6) Hamzah al-Khufi          = Khollaf & Khollad
7) Al-Kisaaei al-Khufi       = Abu Harith & al-Duuri

Perkembangan bacaan Qiraat seluruh dunia Islam
o Bolehlah disimpulkan sebegini:
• Qiraat Naafi’ bin Abd Rahman melalui riwayat Qaaluun terdapat di Libya dan sebahagian di Tunisia (0.7%). Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair, Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan(3%).
• Qiraat Abu ‘Amru al-Basri terdapat disebahagian wilayah di Sudan (0.3%)
• Qiraat Ibn ‘Aamir al-Dimasyqi terdapat di Yaman (1%)
• Dan selain daripada itu, kesemuanya mengamalkan Qiraat ‘Aasim bin Abi Najud melalui riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi.(95%)
Bagi bacaan Imam Hamzah dan Imam Kisaie sudah pun pupus dalam ertikata tidak ada lagi masyarakat atau kumpulan yang mengamalkannya. Walaupun begitu kedua-dua bacaan ini masih lagi dipelajari di Institusi yang menawarkan pelajaran ilm Qiraat agar tidak pupus ditelan zaman.
contoh :
contoh : 
contoh :


* selamat belajar...^_^





No comments:

Post a Comment