APA ITU HUDUD, QISAS, DIYAT DAN TA'ZIR????


Bismillahirrahmanirrahim…alhamdulillah…sekali lagi ana berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu di ruangan bicara ilmiah ini…. Hari demi hari......banyak mehnah dan tribulasi dunia melanda dan kejahilan juga seolah2 seiring dengan perjalanan masa….semakin ramai yang lupa tentang dunia yang semakin tua…semakin ramai yang terserlah kejahilanya apabila berbicara….terutama apabila kita sentuh bab agama….bab agama semakin rancak diperdebatkan di akhbar2 , media arus perdana dan x kurang hebatnya di parlimen sekarang ini…lebih2 lagi dlm bab hudud…ramai org bijak pandai yg mengeluarkan statement2 atau melontarkan pandangan mereka mengenai bab hudud ni….”sekiranya kita melaksanakan hudud itu akan berlaku……ini akan terjadi………..”….bahkan ade jgk yg melontarkan kata2 kurang bijak yg mengatakan ianya hukum yg dibuat parti2 tertentu…. Astaghfirullahalazim…… x kurang juga ade yg kata ianya x sesuai…bahkan ia terkeluar dr mulut org yg memiliki PHD…belajar dlm bidang yg berkaitan pulak tu….aduhai……subhanallah…sungguh hebat ilmunya….x tersangka sampai begitu sekali…..tadi sempat jugaklah menonton kuliah al-fadhil ustaz Azhar Idrus mengenai bab hudud ni….katanya “sesiapa yang meragui hukum yg diturunkan oleh ALLAH SWT itu bererti dia meragui ALLAH TAALA…..Na’uzubillah….maka jawab dio kufur laluh”…… maka di sini kita perlu tahu bhw ianya hukum ALLAH….bukan hukum yg dibuat oleh manusia untuk kita permainkan.. Dan setiap org yg mengaku beriman dengan ALLAH Taala wajib meyakini bhw hukum2 tersebut adlh hukuman ALLAH dan Rasulnya yg bersifat mutlak dan berdalilkan quran dan hadis…dan ianya juga WAJIB diterima dan dihayati oleh setiap org yg beriman tanpa menimbulkan sebarang keraguan padanya.…… oleh itu ,terdetik di hati ana untuk berkongsi sedikit ilmu yg ana dapat drp sebuah kitab yg menerangkan tentang hukum jinayah ni untuk pemahaman bersama agar kita tidak temasuk dlm golongan di atas……

* Yang pertama kita perlu tahu apa itu HUDUD, QISAS, DIYAT dan TA’ZIR

1- Hudud – Hukuman hudud adalah hukuman yg telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam quran dan hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yg tidak boleh ditukar ganti hukumanya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda.

Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun. Mereka yg melanggar aturan2 hukum Allah yg telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yg disebutkan di dlm quran dan hadis adlh termasuk dlm golongan org2 yg zalim. Firman Allah s.w.t :
Dan sesiapa yg melanggar aturan-aturan hukumAllah maka mereka itulah org2 yg zalim
(surah al-baqarah : 229)

Kesalahan2 yang wajib dikenakan hukum hudud ialah : -

- Berzina (iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yg sah mengikut hukum syara’)
- Menuduh org berzina (qazaf) ,iaitu membuat tuduhan zina ke atas org yg baik lagi suci atau menafikan keturunanya,dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dgn empat org saksi.
- Minum arakatau minuman yg memabukkan,samaada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.
- Mencuri , iaitu memindahkan secara tersembunyi harta alih dari jagaanya atau milik tuanya tanpa persetujuan tuanya dgn niat utk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuanya.
- Murtad, iaitu org yg keluar dari agama islam, samaada dgn perbuatan atau dengan perkataan, atau dgn iktikad kepercayaan.
- Merompak (hirabah), iaitu keluar seseorang atau sekumpulan yg bertujuan utk mengambil harta atau membunh atau menakutkan dgn cara kekerasan.
- Pendurhaka (bughat), iaitu segolongan umat islamyg melawan uatu menderhaka kpd Ulil Amri yg menjalankan syaria’t islamdan hukum2 Allah.

*namun utk mengetahui bgaimana cara pelaksanaanya dgn lebih terperinci, silalah merujuk pada kitab2 fiqh tertentu…

2- QISAS = Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yg telah ditentukan dan ditetapkan Allah hukumanya di dlm quran dan hadis yg wajib dikenakan ke atas penjenayah yg sabit kesalahanya di dlm mahkamah.
Hukuman qisas ialah kesalahanyg dikenakan hukuman balas. Membunuh dibalas dgn bunuh (nyawa dibalas nyawa), melukakan dibalas dengan luka, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan2 yg wajib dikenakan hukuman qisas ialah :

- membunuh org lain dengan sengaja.
Firman Allah Taala : “wahai org2 yg beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yg seimbang) dlm perkara org2 yg mati dibunuh” – surah al-baqarah 178-

- menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan org lain dengan sengaja.
- melukakan org lain dgn sengaja.
Firman Allah Taala : “Dan kami telah tetapkan atas mereka didlm kitab taurat itu,bhwasanya jiwa dibalas dgn jiwa , dan mata dibalas dgn mata, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka luka juga hendaklah dibalas(seimbang). Tetapi sesiapa yg melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yg tidak menghukum dgn apa yg telah diturunkan oleh Allah, maka merekaitulah org2 yg zalim. – surah al-maidah :45 –

*namun utk mengetahui bgaimana cara pelaksanaanya dgn lebih terperinci, silalah merujuk pada kitab2 fiqh tertentu…

3- DIYAT = ialah harta yg wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kpd wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yg dilakukan penjenayah ke atas mangasanya.
Hukuman diyat ialah hukuman kesalahan2 yg sehubungan dgn kesalahan qisas. Hukuman diyat ialah hukuman yg telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH dan Rasulnya dilam quran dan hadis sbg ganti rugi di atas kesalahan2 yg melibatkan kecederaan anggota badan , atau melukakanya.

Kesalahan2 yg wajib dikenakan hukuman diyat ialah :

- Pembunuhan yg serupa dgn sengaja.
- Pembunuhan yg tidak disengajakan.
- pembunuhan yg sengaja yg dimaafkan oleh wali atau ahli waris org yg dibunuh . Firman Allah Taala :
Maka sesiapa (pembunuh) yg mendapat sebahagian keampunan drp saudaranya (pihak yg terbunuh) maka hendaklah (org yg mengampunkanya itu,mengikut cara yg baik did lm menuntut ganti rugi nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayarab ganti nyawa)itu dgn sebaik2nya. Yg demikian itu adalah suatu keringanan dr tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yg melampaui batas ( untuk membalas dendam pula)maka baginya azab seksa yg x terperi sakitnya. – surah al-baqarah 178-

4. TA’ZIR = ialah kesalahan2 yg hukumanya merupakan dera, iaitu penjenayah2 tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta’zir dlm qanunu jenayah syariahadlh hukuman yg tidak ditentukan dan ditetapkan Allah kadar atau bentuk hukuman itu did lm quran dan hadis.
Hukuman ta’zir ialah hukuman dera ke atas penjenayah2 yg telah sabit kesalahanya dlm mahkamah, dan hukumanya tidak dikenakanhudu atau qisas, krn kesalahan yg dilakukan oleh penjenayah itu tidak termasuk di bwh kes yg membolehkanya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis atau kadar serta bentuk hukuman ta’zir itu adalah terserah kpd kearifan hakim utk menentukan dan memilih hukuman yg patut dikenakan. Hukuman ta’zir itu adalah bertujuan utk menghalang penjenayah2 mengulangi kembali kejahatanyg yg  mereka lakukan tadi - bukan utk menyiksa mereka.

*Hukuman hudud, qisas,diyat dan ta’zir diperuntukkan dlm qanun syar’iah adalah bertujuan utk menjaga perinsip perundangan islam/perundangan syaRA’ yg tertakhluk di bawahnya lima perkara :
1- Menjaga agama =
من بدل دينه فاقتلوه
(Riwayat bukhari )
Sesiapa yg menukarkan agamanya (murtad) maka bunuhlah dia. (jika enggan bertaubat)

2- Menjaga Nyawa
Firman Allah taala:
Dan didlm hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai org2 yg berakal fikiran supaya kamu bertakwa. (surah al-baqarah : 179)

3- Menjaga akal fikiran.
Rasulullah s.a.w telah menyebat org yg minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan saidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali juga, dan saidina Umar menyebat lapan puluh kalisebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan ini yg lebih aku sukai. (Riwayat Muslim)

4- Menjaga keturunan.
Ambillah peraturan drp aku , ambillah peraturan drp aku . sesungguhnya Allah telah memberi  jalan untuk mereka. Perawan sama jejaka yg berzina hukumanya disebat sebanyakseratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda sama janda berzina hukumanya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam. (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5- Menjaga Harta Benda.
Dan org lelaki yg mencuri maka hukumanya potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dgn sebab apa yg telah mereka usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (surah al-maidah: 38)


*namun harus diketahui hukuman2 ini bukan mudah untuk dilakukan kerana memerlukan bukti yang jelas yg lansung tidak timbul keraguan padanya dgn  penyiasatanya yg amat terperinci..namun apa yg dikongsikan pada mlm ini hanyalah secebis ilmu yg diambil drp sebuah kitab lama yg ditulis oleh Haji Sa’id Haji Ibrahim (bekas mufti negeri sabah)…untuk mengetahui dgn lebih jelas dan terperinci,,ana mohon , sila lah merujuk kepada kitabnya yg asli..atau  kitab2 fiqh yg lain..





Comments

Post a Comment