IMTIHAN???? EXAM????









Salam,,, setelah diluluskan akta-akta penubuhan university sultan zainal abidin maka dengan ini akta-akta untuk final exam juga turut diperkenankan. Jadi tarikh-tarikh penting juga dipilih untuk budak-budak FKI untuk menduduki exam….diumumkan dengan rasminya 9 oktober 2011 – 19 oktober 2011 adalah tarikh penting  untuk anda semua  ingati dan bersedialah untuk pertempuran terakhir sem ini….

Start hari pertama exam hingga hari ketiga exam…..semua budak2 FKI berebut2 nak masuk dewan…fuhh!! Memang semua bersemangatlah…..pintu besar pun agak busy nak layan orang yang ramai sgt excited nak kluar awal…

Ha! Hari rabu plak menjelma dengan sinaran matahari yang agak indah di pagi hari menyuluh student2 FKI yang nak gi exam TAFSIR ni….huh! nil ah subjek yang memang aku paling “sayang” lah…. Macam biasa , semua excited nak masuk…. Tapi hari tu memang lain lah…pintu besar sunyi x berteman…  suasana dewan x seceria selalu…ramai yang sedang merenung syiling yang berhiaskan lampu tanpa seni…entah ape dipandang….ade jugak yang saling berpandangan sesame sendiri…sambil masing2 bermonolog dalam hati…YA ALLAH! Bantulah hambamu ini YA ALLAH…. Semuanya berkerut dahi memikirkan jawapan sesuai yang harus diberi….akhirnya “masa menjawab telah tamat, para pelajar hendaklah mnyemak maklumat yang diperlukan, adakah ia telah ditulis ataupun tidak”…. Semua berpandangan sesame sendiri….akhirnya semua monyok meninggalkan dewan…..

Hari ini 15 oktober,,hari yang paling ditunggu2 oleh semua student yang mengambil subjek KILLER ni,,NAHU SORAF,,,,,,subhanALLAH….. setelah bersengkang mata bersama rakan2 seperjuangan semalaman untuk study benda ni….tapi x sungguh x kata…subjek nil ah subjek yang paling susah dalam banyak2 madah….subjek yang paling menonjol kekejamanya….huh! hari ni lagi best drp sebelumya.. dapat je soklan,,semua bertafakkur seketika…pandang kiri , pandang kanan, mata bertentang mata, sambil hati berkata-kata , mulut senyum tanda ‘bahagia’, dengan senyuman yang penuh seribu makna.. exam kali ni lain drp biasa…klw selalunya 2 jam…kali ni 2jam setengah….yang memang ku peliknya ade jugak sahabat2 yg keluar awal meninggalakan dewan….hati bermonolog sendirian ,,,memkirkan bertapa hebatnya mereka boleh keluar awal….sambil otak ligat refresh balik hafalan semalam….majority masih belum berganjak….ramai jugak yang asyik menggelengkan kepala….tanda kecewa dengan soalan yang ditujukan….sebelum ini,,kami pun dikhabarkan bhw soalan tahun ni agak lain drp sebelumnya…klw lebih senang tu okay la jugak…ni,, berganda2 susahnya….ALLAHUAKBAR…..masa berbaki lima belas minit shj lg….otak ku semakin ligat bekerja dan kupaksa juga sehabis mungkn untukmengingati balik ape yang dihafal dan dipelajari…rakan2 lain juga gundah gulana dibuatnya apabila ditekan oleh masa yang semakin hampir…habis exam!!! Selesai kertas dikutip…dewan riuh rendah dengan luahan hati masing2…sahabatku yg kat blakang nu ni pun berkata2… “weh, gano soale saknih?? Bereh??,,,kemudian aku menunjukkan isyarat ibu jari ke bawah….dia pun menyambung “nil ah soale hok paling susoh di dunia “…………..hmm!! aku bersungguh angguk tanda setuju……haaaaaaaa……………………… semua sudah berusaha sebaik mungkin……mungkin ada hikmah di sebalik semua ni….……hatiku bermonolog mencari semangat yang ketandusan…subhanallah…rintihku….semua keluar meninggalkan dewan yang memberi seribu ingatan kepada semua budak2 FKI……tinggal 2 exam shj lagi….kali ni mesti lebih bersungguh drp biasa…..namun jangan disalah ertikan tulisan ini hanyalah sebagai penenang dikala duka….

Comments