~Monolog sendirian seorang pendamba kasih~

Aku impikan diriku
yang sentiasa ghairah bertasbih kepadaNYA
mengadu rindu padaNYA
mengasihiNYA sepenuh jiwa raga
mencintaiNYA sekuat hati dan jiwa


Aku impikan diriku yang dentiasa mengalirkan air mata syahdu
akibat rindunya aku pada penciptaku
akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat di muka bumiMu
akibat segannya aku kerana sering menipu
aku ingin mencintaiMU setulus hati kudusku..tapi adakh aku mampu?


aku impikan diriku yang sentiasa bergetar tangkal hati
tatkala nama tuhanku didengari..
jantungku berdegup deras berlari..
bila mana diingatkan tentang azab Ya RABBI..
tetapi tenang kembali
bila dicerita tentang kasih sayangNYA yang tulus murni..


aku impikan diriku
yang setiap detik menyukuri nikmatMu Ya Rabbi..
akan nikmatMU yang tidak terhingga perluasannya kepada hambamu..
kerana aku hanyalah hamba yang hina dan papa..
Engkaulah yang MAHA PEMBERI segala sesuatu....


aku impikan diriku..
yang sentiasa bertawakal padaNYA tuhan Yang Satu..
yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku
maha suci dari menzalimiku...
kerana DIA penciptaku...
yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif
seperti aku....


Sesungguhnya Aku mahu jadi seperti itu...seperti kata hatiku itu... namun nafsu, selalu menjadi raja kepada diriku, menyebabkan hati terduduk kelu..... Namun,aku tahu itulah cabaran kepada hati yang selalu rindu kepada RABBNYA.. aku PERLU LAWAN! AKU PERLU TEWASKAN NAFSU!.... Sesunggunya NAFSU itu hanyalah Halangan seperti pokok tumbang di tengah jalan... dan hati perlu bertindak sebagai Mesin pemotong pokok yang tajam memotong halangan! 


>RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR..">>

Comments