Teks MC Program Sentuhan Ramadhan

Assalamualaikum semua...

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai contoh teks pengacara majlis yang saya olah dan guna untuk program-program yang saya kendalikan di kampus... Teks ini saya susun semasa mngendalikan program Kolej Kediaman Kampus semasa Ramadan yang lalu... intipati dalam teks ini kebnyakannya saya ambil daripada internet kemudian saya menyusun semula dalam susunan yang saya mahu... semoga ianya bermanfaat untuk kita semua... siru a'la barokatillah... 




TEKS MC PROGRAM SEINDAH SENTUHAN RAMADHAN

A
Para Hadirin sekalian, Majlis akan dimulakan sebentar lagi, sukacita sekiranya para hadirin dapat mengambil tempat duduk masing-masing.

B
Majlis memohon kerjasama dari tuan2 puan2 serta hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis. Kejasama kalian amatlah kami hargai. Terima kasih.

A
B
Sirih berlipat, sirih pinang, sirih dr pulau mutiara,
Pemanis Kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara

B
Yang Dihormati Barisan Panel Hakim Yang Arif lagi bijaksana, Barisan Ahli Jawatankuasa Program Seindah Sentuhanmu Ramdhan, Yang Diraikan Para peserta seterusnya Hadhirin Hadhirat sekalian…
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh

A
Alhamdulillah, setinggi – tinggi ucapan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan izin serta kasihNya, pada malam yang penuh barokah ini kita dapat melaksanakan Majlis yang penuh bermanfaat iaitu Majlis Pertandingan Tilawah Al-Quran dalam program Seindah Sentuhanmu Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Maklis Kolej Kediaman Unisza 2013. Bagi pihak jawatankuasa pengelola, Majlis mengalu-alukan kehadiran para Juri, peserta dan hadirin – hadirat sekalian.

Bagi memula dan memuliakan Majlis, marilah sama2 kita menadah  tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan kita mendapat rahmat… Oleh itu, sama2lah kita membaca umul furqan al fatihah.

B
Hadirin hadirat sekalian.. Bak kata pepatah melayu..Tak kenal maka x cinta.. sudah kenal!.. kata juri… tolonglah jangan tergila-gila.. oleh itu molek kiranya kami memperkenalkan Juri Kita Yang pertama Yang akan mengadili bahagian Tarannum iaitu orangnya datang dari setiu Terengganu, sudah merangkul banyak kejuaraan di pentas al quran di usia muda…termasuklah Johan MTQ skolah pd tahun 2006 n 2008, Johan MTQ Negeri Peringkat Dewasa2010 n 2011, juga merupakan Johan MTQ peringkat IPT Asean pd tahun 2011, Muncul Johan MTQ peringkat IPT terbuka 2012, dan yang terbaru Muncul Johan MTQ Peladang Peringkat Negeri Terengganu 2013..
Beliau Ialah Saudari Nor Hidayah binti abd Rahman yang juga merupakan pelajar tahun 2 fakulty Reka Bentuk dan perindustrian Unisza.

A
Juri kita yang kedua pula ialah.. Beliau Seorang Hafizah yang dilahirkan di ITQAN , negeri 9 cawangan Darul Quran dalam jurusan DIplomA Tahfiz Al-Quraan wal Qiraat.. berasal dari negeri Nun jauh di hujung sana iaitu Negeri Sembilan Darul Khusus dan sekarang tengah Menyambung Ijazah Sarjana Muda Dakwah di Unisza..

B
Hadirin Hadirat Yang dihormati

    Tak Molek, jika ada Alu tiada lesungnya..
Tak berguna jika ada Dayung, Tiada Perahunya…
    Tak lengkaplah Majlis kita jika hanya ada pengacara…
Tapi tiada pesertanya..

Oleh itu bagi memeriahkan majlis kita …majlis dengan segala hormatnya menjemput peserta pertama iaitu…

Bila peserta habis baca
Terima kasih diucapkan kepada saudari ………………………………………………….. atas bacaannya sebentar tadi.. seterusnya majlis menjemput peserta yang ke- ……………………………….






Selepas tamat semua peserta ,, bagi ruang dan peluang untuk Juri memberi komentar
B
Kini , tibalah kita ke acara yang dinanti nantikan iaitu pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yang Berusaha ………………………………………………………………………….. diiringi oleh …………………………………………………………… untuk menyampaikan amanah kepada para pemenang..

(umum pemenang)

A
Seterusnya dijemput kepada Juri kita Yang pertama Cik Nor Hidayah Abdul Rahman untuk menerima sedikit cendrahati  dari pihak penganjur..

Seterusnya dipersilakan pula Cik Nurul Hidayah Abdul Rahman untuk menerima cendrahati kenang-kenangan dari pengajur..

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para juri kita..

Seterusnya..
b
Dengan berakhirnya upacara penyampain hadiah sebentar tadi, maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Para Pemenang dan Peserta yang bertanding… Yang menang diharapkan terus berpanjangan..yang masih belum menang..jangan risau masih banyak peluang dan ruang untuk anda semua di luar sana..

A
Hadhirin Hadhirat sekalian

Pantun :  Gugur menguning buah Kuini,
                 Menghijau pohon subur dibaja,
                 Majlis kita berakhir di sini,
                Salah dan silap mohon dilupakan saja,..

B
Sambung : Segala Kelemahan harap dimaafi,
                     Segala kerjasama sangat dihargai,
                     Terima kasih sekalung budi,
                     Kenangan nan indah simpanlah di hati,
                     Semoga kita berjumpa lagi…
Kami bagi pihak Ahli Jawatankuasa Program merakamkan ucapan Terima Kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Akhir kata daripada kami.. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.


#Kata Guru...Ilmu yang ada perlu dikongsi...biar tersebar di seluruh Negeri... barulah hidup kita semua diberkati ilahi.... insyaALLAH ^_______^

Comments

Post a Comment