Jangan benci pada pelaku Dosa...



Saat kita berbicara perihal manusia lain...hakikatnya kita sedang berbicara mengenai diri kita..

Hidup bermasyarakat..hakikatnya manusia suka melihat dan sering kali mendabik diri sebagai hakim yang ulung.... Nah..!" mengapa pula kamu berkata begitu?" tanya seorang teman yang seakan tidak puas hati dengan keyataanku... Wahai teman..kata guruku.. tanda hati yang bersih itu...hatinya sentiasa tenang dan positif..maksudku Husnu dzhon yakni bersangka baik terhadap makhluk..apatah lagi terhadap Allah..

Namun hari ini, jika bisa..aku mahu berbicara perihal benci dosa atau pelakunya.. bukan perihal husnu dzhon atau su'u dzhon... kerna petang tadi..aku terbaca pesan guru...

pesan sang guru melalui cerita daripada sahabat Nabi Abu Darda', mungkin ini mampu mencerahkan lagi apa yang kusut...



“Abu Darda RA telah menjadi hakim di Damaskus. Beliau telah menangani pelbagai jenayah. Satu hari beliau mengumumkan hukuman yang dijatuhkan terhadap seorang penjenayah dan kes itu dikira selesai. Bagaimanapun beliau terdengar seseorang yang mencerca orang yang bersalah itu. Kerana mendengar cercaan itu, beliau bertanya kepada orang yang mencerca itu:

                “Apakah yang engkau akan buat apabila melihat seseorang jatuh ke dalam lubang yang dalam?”   

                “Aku akan hulurkan tali untuk selamatkan dia”

                “Oleh itu mengapa engkau tidak berusaha untuk menyelamatkan lelaki ini yang jatuh ke dalam lubang kemaksiatan?”

                “Apakah engkau tidak membenci pelaku dosa ini?”

                Abu Darda menjawab dengan sungguh berakhlak, “Aku bukan musuh dirinya tetapi dosanya”


Nah!...itulah yang sepatutnya..... 

itu sahaja cerita hamba di petang hari.. pendek x bererti tidak ada manfaat..panjang x bermakna bermanfaat... 

nak cerita lagi...
tapi tak reti...
oleh itu...
izinkan saya berhenti disini...


dari,
KalamsiMiskin..
Sebelah istana Raja.

Comments