Hal kecik tapi besar nilainya!

Sejuk angin malam meniup kencang menusuk ke tulang yang dalam....
titik-titik hujan mulai turun menyapa bumi yang gersang.....
aku termenung sebentar memikirkan kehidupan...
tatkala telinga ini disajikan tazkirah ringkas oleh ustaz Kazim Elias tentang santun kita kepada ibu bapa...

Ah....ternyata..kadang-kadang ia tepat mengena kepada diri ini yang masih kikir baktinya kepada orang tua... 

Di saat mereka masih hidup berbaktilah sepenuh jiwa dan tenaga kita kepada mereka... mengiyakan sahaja suruhan mereka tanpa banyak soal dan kerenah.. sekurang-kurangnya kita telah mengurangkan bebanan di bahu mereka... sesungguhnya mereka mengimpikan anak yang soleh.. yang boleh menjadi aset kepada mereka di akhirat nanti... sesungguhnya anak itu adalah aset yang sangat berharga bagi setiap insan kerana boleh jadi ianya aset ke syurga, dan boleh jadi ianya juga aset ke Neraka.. na'uzubillah.. 

Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih; "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

Kelmarin, di saat drive kereta menuju ke HUSM bagi menghantar stok buku kepada seorang sahabat..,,, diri ini disentap oleh sepotong ayat yang dapat kutangkap kemas bait-baitnya dari radio IKIM yang sedang berbicara mengenai sedekah jariah..begini bicaranya.. "kebanyakan ibu bapa sekarang risau, adakah  disaat mereka telah tiada di dunia ini akan ada anak2 mereka yang akan sedekahkan harta bagi pihak mereka..".... hmmm... merenung panjang ke luar tingkap..merenung lampu isyarat merah bertukar hijau dengan hati yang penuh resah memikirkan ayat tadi... pertama, soal kita sebagai anak..adakah kita sudah melakukan sedekah jariah bagi pihak ibu bapa kita.. kedua : soal kita setelah jadi ibu bapa... adakah anak kita sanggup menyedekahkan harta mereka bagi pihak kita?.. konklusinya.. anak soleh itulah jawapannya... jika kita jadi anak, jadilah anak yang soleh...sebab jika kita sudah mempunyai anak sudah tentu anak soleh juga dambaan kita... Siapa anak kita di masa hadapan..itulah kita di masa muda....

hmm... Ramai orang yang tahu..tapi x semstinya yang tahu itu mereka sedar..
tapi Sedikit orang yang sedar tapi insyaALLAH mereka tahu....
sesungguhnya tahu dan sedar itu pada keduanya terdapat perbezaan antara keduanya... 
Tahu sebagai anak...sedar yang dia tu anak... hmmm.. renung2kan dan selamat beramal..

Nur Sufi 
Kubang Kerian
Kelantan.

Comments