Bebas Berterbangan..

                                          


21 Ogos 2017  perlahan-lahan matahari muncul di atas horizon timur. Mewarnai langit dengan rona kemerahan bersulam jingga dan perlahan-lahan kota kecil ini dibiasi dengan cahaya terang. Oh, pagi Isnin yang Indah! 


     Kedengaran juga kicauan burung yang singgah menyapa menghiburkan suasana. Aku memerhati dari tingkat 7 di bibir jendela. Nampaknya riang sekali mereka bersiulan bergurau mesra. Kita yang melihat, turut terulit bahagia! oh, nyamannya rasa!. ^^ 


     Melihatkan burung-burung itu, hati dipalit rasa sayu dan rindu.  Alangkah indahnya jika dapat berterbangan bebas begitu. Boleh menyeberangi sungai-sungai yang indah, dapat melintasi bukit bukau dan gunung ganang yang menghijau.  Jika serabut dengan kekalutan kota.. nah!  boleh sahaja mengibarkan sayap terus sampai ke pulau perhentian mahupun ke puncak gunung tahan sana.


     Mungkin itulah agaknya keindahan yang diperolehi dan dinikmati oleh para Syuhada, para penghuni syurga yang dibawa berterbangan bebas di dalam perut burung berwarna hijau. Dikatakan di bawahnya pula terdapat sungai-sungai yang mengalir dengan indahnya. Sambil meronda juga boleh pula memetik dan memakan segala buah-buahan yang enak terhidang. Sesudah itu mereka akan dibawa  pula ke suatu tempat yang digantung pelita-pelitanya yang diperbuat daripada emas di bawah Arasy Allah Taala..  Subhanallah!...... indah sungguh kita membayangkannya. Itu baru bayangan kita, yang sebenar sudah tentu jauh lebih hebat dari bayangan minda manusia.


     Jika di Dunia kita dapat menjelajah ke pulau-pulau yang indah dan sekiranya diberi pakej 2 hari 1 malam di resort yang sederhana tentu sahaja terasa begitu menakjubkan.! inikan pula diberi peluang terbang melayang sebebasnya tanpa perlu lagi gigih membeli tiket Air Asia  atau Mas yang mahal harganya tu untuk naik melintasi awanan. Tiada juga pakej resort dan hotel berbayar  dan semua kemewahan itu diberikan percuma ..Ya Mewah dan percuma! Hanya perlu menikmatinya sahaja! Pakejnya menarik bukan?! ^^


     Tapi itulah mahu menempatkan diri di situ perlu dahulu mendapatkan 'tiket bayaran'... Tiketnya adalah sekeping pas Syahid! Pas Syahid ini tidak boleh dibayar dengan dollar Amerika apatah lagi ringgit Malaysia! Tidak laku tahu!


     Hmmm .. kita sering memikirkan bagaimana untuk mati dalam keadaan syahid sekaligus mengelak dari kesakitan yang teramat ketika sakaratulmaut berlaku. Ya! seperti tamsilan yang dibuat. Ketika proses itu berlaku tubuh bagaikan direntap dengan kuat dan keadaan tubuh terasa seperti melecur keseluruhannya. 😫 Sudah tentulah bila dibayangkan bayangan itu sangatlah menakutkan. Cuba bayangkan jari kecil yang halus jika terkena sterika tau minyak panas sahaja kita sudah menjerih kesakitan. Inikan pula seluruh badan. Aduh! terasa pahit dan merisaukan!


     Masih terngiang-ngiang di telinga, terimbas jelas wajah para murobbi yang dalam nadanya selalu sebak berpesan kepada anak didiknya. Pesannya, wahai anak-anakku PERBANYAKKANLAH BERDOA UNTUK MATI DALAM KEADAAN SYAHID.  kerana Rasulullah pernah menyebutkan sesiapa sahaja yang berdoa untuk mati syahid, berniat sahaja untuk mati syahid di Jalan Allah Taala, maka dia telah mendapat pahala orang yang mati syahid sekalipun dia mati di atas tilam. Terkesan dengan pesanan itu, marilah kita sama-sama menanam niat untuk mati syahid dan merugilah bagi kita jika tidak mempunyai cita-cita untuk mati dalam keadaan syahid. Sekurang-kurangnya sekarang mulalah memasang niat! 


     Sepertimana yang kita selalu menyanyikan dalam program-program kem jati diri dan sebagainya. Antara liriknya berbunyi "as-Syahid Amanina" iaitu 'Syahid adalah cita-cita kami'. Bersemangat sahaja tidak cukup untuk membantu merealisasikan matlamat kita. Matlamat kehidupan kita hanyalah Allah Taala. Setiap gerak langkah kita, mesti matlamatnya Allah taala. Mungkin inilah permulaan dalam mencapai cita-cita kita tadi. Ayuh! Perbaharui niat kita sekarang teman-teman!.


     "Sakittttt!" Tiba-tiba bergegar satu ward 7 selatan..benar2 mengejutkan. Teriakan kanak2  di hujung katil sana yang takut kpd jarum suntikan terus menjadi muzik hiburan hampir stengah jam. hehe... Burung2 tadi juga turut terkejut lalu terbang menghilang. Lamunan aku juga turut sama terbang melayang.. 


     Melihatkan beberapa pesakit terlantar keletihan akibat diserang penyakit kanser itu. Gambaran kertas ligat memutar di benakku. Sebaris ayat yang melekat kemas di dalam buku ditulis sang guru.  Aku pun baru tahu, rupa-rupanyanya mati disebabkan penyakit taun atau pada zaman ini diqiaskan kepada penyakit kanser, seseorang yang menghidapinya, kemudian dia berusaha untuk merawatnya lalu ditakdirkan Allah taala dia meninggal dunia. Maka dia digolongkan sebagai mati syahid akhirat. Kesakitan yang dilaluinya pula akan diganjari pahala. Mudah-mudahan mendapat syahid buat ayahnda dan semua pesakit di sini serta untuk kita semua hendaknya. Selagi ajal tidak menjemput pulang, kita teruskanlah usaha menambah baik amalan sambil bertawakkal penuh kepada Tuhan, Allah yang Maha Penyayang. 


     Ayuh! Sama² kita bangkit hari ini dengan perbanyakkan amalan dan bercita-cita untuk mencapai syahid.. Mudah-mudahan hari ini kita lebih baik dari semalam ^^ 


Siru 'ala barokatillah


Husm 
21 Ogos 2017

Comments