Thailand – Sebuah Kembara Permulaan




Catatan – Krue Se Mosque

Setiap pandangan dilayangkan pasti bertamu pada keindahan yang menggamamkan. Tidak lengkap rasanya mengembara sekiranya tidak ada catitan pelajaran daripada sejarah ketamadunan sesebuah bangsa dan negaranya.

September 2018, akhirnya dengan rezeki yang Allah taala berikan, dapat juga keluar mengembara memerhatikan negara orang.

Thailand adalah sebuah negara yang dipenuhi oleh sejarah dan keindahan alam. Dalam kesempitan waktu yang ada, kami sempat menyinggah di beberapa tempat bersejarah di selatan Thailand.

Masjid Kerisik


Masjid ini dikenali sebagai Masjid Kerisik atau Masjid Sultan Muzaffar Shah. Dalam Bahasa Thailand. Masjid ini disebut sebagai Krue Se Mosque atau Pitu Krue-ban Mosque, yang terletak di wilayah Patani.

Pada asalnya saya agak tidak berminat untuk turun di lokasi ini. Kerana pada pandangan luarnya, ianya hanyalah sebuah masjid lama yang yang dibina dari batu bata merah. Saya hanya memerhatikan melalui tingkap bas yang berhenti di seberang jalan. Sambil-sambil kami menunggu, para penumpang lain turun mengambil gambar, salah seorang daripada ahli rombongan kami bercerita bahawa, masjid ini telah dibina ratusan tahun dahulu, dan sehingga kini ianya masih dijadikan tempat fovourite untuk solat berjemaah masyarakat setempat.

Masjid ini dibangunkan ketika Sultan Muzaffar Shah memerintah sekitar tahun 2057 B.E/1514 A.D. Masjid ini juga dijadikan Masjid Rasmi Kerajaaan Pattani Darussalam. Disini juga menjadi pusat hal ehwal agama Islam dan juga sumber pengajian berbbagai-bagai bidang ilmu termasuk pengajian Islam. 

Dan yang menjadikan ianya lebih bersejarah apabila masjid ini pada tanggal 28 April 2004 turut menjadi saksi pembunuhan tragis para Jemaah yang dikatakan sedang solat, oleh tentera siam pada peristiwa yang sangat menggemparkan dunia, yang sudah tentu menjadi luka dalam ummat Islam Pattani sehingga ke hari ini. Itulah yang menyebabkan para pelancong  akan singgah di sini ketika melalui tempat ini. Ya! Kami lantas menukar fikiran dan turun dari bas untuk mendekati Masjid ini. Kerana pada sangkaan kami pada awalnya, Masjid ini hanyalah monument bersejarah dan tidak sangka pula masih hidup dan segar dengan solat berjemaah. Hidupnya masjid, bukan disebabkan peralatan dan senibinanya yang canggih dan moden, tetapi roh masjid itu ada pada jemaahnya yang selalu datang melaziminya dan berkomunikasi dengan Tuhannya. Ya Rabb.. ampuni dosa dan kealpaan kami. 


Bata Merah
Kata orang sejarah adalah kenanagan,
Kenangan sebuah pengajaran untuk melangkah ke hadapan.
Sejarah juga tidak hanya terlipat di sebagai kenangan silam,
Ianya juga adalah himpunan perasaan.
Daripada jiwa-jiwa yang telah terkorban,
buat jiwa-jiwa yang akan mewariskan.
Mungkin, setelah semua peristiwa pahit ini, sejarah hanya mahu kita untuk terus menghargai,
Menghargai diri sendiri, dan tahu dimana harus kita mengabdi..


Nurbhs ‘18



Comments