Sekilas mengenai Sekularisme

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. sedikit perkongsian mengenai sekularisme... 


Sekularisme berasal dari perkataan sekular dan bahasa Latin 'saeculum' bermaksud era ini atau masa kini dan konsepnya merujuk pada kondisi dunia dalam era atau waktu tertentu. Sekular berkaitan dengan keduniaan dan sekularisme pula bermaksud suatu fahaman yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia.

Sekularisme adalah fahaman yang memutuskan hubungan antara agama dan dunia. Antara dunia dan akhirat mestilah dibatasi dengan suatu garis pemisah yang tajam, masing-masing mestilah berada dalam lingkarannya, dan tidak boleh memasuki lingkaran yang lain.


Sekularisme Menurut Perspektif Islam dan Barat


  • Sekularisme Positif Barat
Bermaksud orang barat memutuskan hubungan antara agama dan kebudayaan seteruusnya hanya memusatkan perhatian dengan kegiatan dalam bidang kebudayaan dengan menumpukan sepenuh kehidupan mereka dengan hal keduniaan semata-mata. George Holyake dalam English Secularisme yang diterbitkan pada tahun 1896 menerangkan sekularisme sebagai aturan peraturan berkaitan dengan kehidupan berdasarkan tiga perinsip penting iaitu :- 
  1. Sains adalah panduan hidup bagi manusia
  2. Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan
  3. Matlamat menghalalkan cara (Moral Machiavellisme)

  • Sekularisme Negatif Islam
Bermaksud umat Islam memusatkan perhatian dan kegiatan harian sepenuhnya dalam bidang agama dengan mengabaikan kehidupan dunia. Ianya dianggap negatif disebabkan Islam terlalu mementingkan kehidupan akhirat sedangkan kehidupan di dunia juga merupakan jalan untuk mendapatkan kehidupan yang baik di akhirat.

  • Fahaman Sekularisme Mempengaruhi umat Islam dalam aspek berikut :


  1. Aspek Agama
Dalam aspek agama, fahaman sekularisme telah memberi kesan dengan membawa fahaman pluralisme agama iaitu harus membebaskan rakyat mengamalkan apa-apa agama dan memandang bahawa semua agama adalah sama dan memiliki kedudukan yang sama. Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam.

      2. Aspek Akidah

Matlamat  akhir sekularisme ialah manusia tidak bertuhan. Sekularisme menumpukan sepenuhnya ehidupan mereka kepada dunia dan mengabaikan tentang fitrah semula jadi manusia yang perlu pada agama. Pada ketika itu, manusia yang menganut agama Islam bukan lagi menganut agama Islam sepenuhnya, malah penganut agama Islam pada ketika itu umpama menganut fahaman atheis dan menanti saat kehancuran kerana manusia pada ketika itu tidak mempunyai nilaian atau ukuran yang dipegang kecuali berpegang kepada akal semata-mata. 

     3. Aspek Sosial

Sekularisme merupakan fahaman yang menghalalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kepincangan dan runtuhnya moral serta akhlak remaja khususnya remaja Islam. Selain itu, perubaha watak seseorang individu dari kehidupan beragama kepada kehidupan mengikut hawa nafsu dan akal semata-mata.


     4. Aspek Ekonomi

Aktiviti ekonomi golongan sekular berteraskan mencari keuntungan semata-mata tanpa mengutamakan nilai wahyu  dan menindas orang yang lemah. Contohnya amalan riba. Amalan riba merupakan amalan yang akan membantut pembangunan ekonomi dan dalamnya terdapat unsur penipuan dan kepentingan peribadi. 

     5. Aspek Pendidikan

Di dalam pengaruh sekularisme terhadap pendidikan, golongan sekular telah menanamkan fahaman bahawa ilmu pengetahuan hanya diperoleh daripada akal manusia bukan dari agama. Mereka juga mengatakan bahawa ilmu pengetahuan itu adalah bersifat bebas nilai. Pendirian ini dipegang oleh mereka kerana mereka berpendapat ilmu seharusnya terpisah daripada nilai moral dan agama.


Rujukan :
Sedikit Tentang Kecanggihan Islam (Jaafar Omar Banafie)
Manusia dan Islam Jilid 3 (Dr.Haron Din)
Islam suatu Kepastian (Hammudah Abdalati)
Dilema Kaum Muslimin (Muhammad An Naquib Al Attas)

Comments