Rindu bermadah lagi..... ONE HEART..

Sayup-sayup kedengaran gerimis membasahi bumi dipetang hari.....

Tatkala jasad ini diuji dengan sedikit dingin, hati kecil ini bermadah sayu mengenangkan sahbat yg dirasakan lama tidak berjumpa...walhal kami berpisah tidak sampai seminggu berlalu....

Allahurabbi.... inilah kemanisan ukhuwah.... hadirnya mendatangkan kebahagiaan...perginya mendatangkan kerinduan.... Sahbat Nuqoba'....di manakah kalian..... bagaimankah keadaan kalian?? harapnya terus istiqamah dipandu ilmuan.....



Apabila teringatkan waktu makan...ku teringatkan Talam Ukhuwwah.... yg mengajar kita tentang Sunnah Rasulullah..... Sabar menunggu muslimin datang.....utk menjamah nikmat sambil berjemaah..... bacaan doa makan pula panjang ditambah....

Tatkala tiba waktu berbahas..... ilmu didasarkan sebagai panduan... LDK sebagai landasan aktiviti harian..... dimulakan dengan Lagu nasyeed "LA KHOUF" sebgai peniup semangat mujahadah..... waktu inilah kami bermuhasabah......

Apabila bulan menyapa matahari, tanda ingin mahu berdiri...... muncullah pula seorang permaisuri yg kami gelar sebagai murobbi itulah dia ustazah Salimah kami..... tutur katanya menyentap hati.......mengetuk jiwa yg layu menjadi tegap berdiri....  dipesankan kepada kami...

(1) "Usrah itu adalah perkara WAJIB (kaedah usul fiqh)"......
(2) Artis berusrah saban minggu...,,kita yg pelajar pengajian islam ni..x pergi usrah..(tegurnya sinis)... seperti "Hidup Segan, Mati X Mahu"...
(3) Gerakan2 islam seluruh dunia pun ade Usrah klw tidak dia tidak akan menjadi seorang tokoh ilmuan.
(4) Klw orang tu xde usrah MUSTAHIL dia akan ada FIKRAH..

kemudian kami dingatkan lagi tentang tarikh keramat,semasa runtuhnya kerajaan dan sistem khilafah pada tarikh KERAMAT 1924....kemudian pada tahun 1928 gerakan islam  IKHWANUL MUSLIMIN ditubuhkan oleh As Syahid IMAM HASSAN AL-BANNA krn bimbang akan nasib umat slam mendatang....  juga mereka bermula melalui usrah dengan 4 orang sahbatnya....sebelum ianya tersebar luas menjadi jutaan selepas itu.... itulah kuasanya USRAH....

mata kami menjadi segar...semangat kami semakin berkobar2 tatkala diceritakan tentang perkara tersebut..

selepas usai semuanya..... kami makan lagi.... tetapi tengah2 malam ni...kami menjamu makanan Rohani... sebelum tidur Sunnah Nabi...bacaan Al-Mulk.... tatkala ia dialunkan oelh setiap org drp kami...... hati kami menjadi sayu...... mata redup memandang ke bawah.... usai semuanya... tangan diangkat tanda memohon hajat......saat itulah air mata kesayuan,,,kesedihan...kehinaan ,,,kehambaan....gugur ke bumi...tatkala doa dibacakan dengan suara yg garau tetapi pnuh cermat menyusun ayat dengan selingan suara gementar oleh kaum muslimn (yg membaca doa)......... hati terketuk..... jasad lemah terkaku..... maka berakhirlah aktiviti pada malam hari...begitulah juga pada malam berikutnya.....

apa yg menariknya...setiap kali selepas LDK atau diskusi ilmu berlaku dlm dewan..ianya tidak habis di situ...malah dpanjangkan lagi di bilik asrama..... situasi ini jarang berlaku,,,khusunya bila ianya melibatkan program2 kerohanian seperti ini... namun kali ni berbeza..... setiap topik perbualan kami adalah ilmu..... bermula dengan topik ikhwanul muslimin...sehinggalah ke topik Syria...semuanya dibincangkan dengan ilmu..... sungguh indah tatkala bergelumang dengan ilmu.... Benarlah kata Sang Guru...ilmu itu cahaya....majlis ilmu juga adalah cahaya..... dan cahaya itulah yg berjaya menerangi hati kami semua.... alhamdulillah.... dan situasi ini juga berlanjutan hingga malam terakhir kami dlm program ni.....

Bulan Kian pergi....Matahari pantas mengambil alih di pagi hari..... di pagi hariselepas usai aktiviti harian... kami dihidangkan lagi dengan santapan rohani yg agak menarik drp Murobbi kami iaitu al-fadhil  DR. ZAWAWI  ALI...beliau seorang aktivis yg memang lama bergiat dlm gerakan2 islam khususnya di mesir semasa beliau sedang belajar di sana.... Tutur katanya halus,,,,,bicaranya lembut..... bermula dengan memperkenalkan kpd kami tentang ikhwanul muslimin sebagai panduan dan rujukan dan sebagai contoh ikutan..... beliau juga menceritakan kepada kami tentang ketokohan dan kesungguhan Iman Hassan al-Banna sebagai pengasas gerakan ini.....

Imam Hassan Al-Banna hanyalah seorang guru di sebuah sekolah rendah di mesir...tetapi atas kesungguhannya terhadap islam....atas semangatnya ingin membela islam...beliau berjuang bermati-matian untuk tegakkan islam.... bermula dengan 4 orang sahabat atau pengikutnya...kemudian berkembang menjadi jutaan orang yg pada ketika itu,,,masyarakat arab dilanda budaya barat yg sukar diubah...tetapi mereka berjaya...mereka berjaya....menarik masyarakat kembali kpd islam..... dan atas kesungguhnnya pada masa lalu...kini Mesir telah kembali ditawan..... namun, perjuangan ini tidak mudah..... ianya memakan masa selama hampir 80 tahun (klw x silap).....

teringat pesan sahbat.. "KITA BUKAN PEMULA TETAPI KITA ADALAH PENYAMBUNG....."

Kita sebagai dai'e perlu ada HIMMAH (semangat) yg kuat seperti perjuangan As Syahid Imam Hassan AL-Banna.....lagi2 pada masa kini...yg mana x ramai yg nak bela agama....x ramai yg sanggup habis msa, wang ringgit dan sebagainya demi agama..... skarang kita di tahap mana??? masih di asas kah??? atau masih belum memasang tapak??..... kita perlu bergerak...bergerak Demi ISlam...

Hari tersebut kami byk berfikir tentang gerakan2 islam dan kaitannya dengan kehidupan kita..... terlalu byk kaitannya.... tetapi ramai yg x nampak atau buat2 x nampak...... segalanya dibawa pergi oleh masa yg mengalir tnpa henti...sungguh...ianya suatu kerugian yg besar......


HARI TERAKHIR.............

sudah 4 hari kami bersama.... hubungan kami x lekang...biarpun kami baru berkenalan...... betullah kata sahbat...bila kita berada atas satu tujuan...atas satu matlamat...atas satu hati... semuanya tampak senang dan mudah....dan yg paling penting..ianya sangat manis dan indah... tatkala berbicara tentang permasalahn ummat hati kami sama2 sayu...sedih dan menggunung pengharapan kebaikan.....

hari terakhir penuh dengan linangan air mata....... Ramai yg berbicara pasal ukhuwwah.... Program ini memberikan seribu satu kelainan terhadap jiwa kami...biarpun nampak biasa tetapi bisanya tetap ada.... Pesan Sang Guru :... Roh usrah ni bukan hanya ilmu...tetapi rohnya yg sebenar adalah UKHUWWAH..... tetapi ukhuwah bukan pula matlamatnya....

detik perpisahan semakin berada di kemuncaknya...... "TICK!"... tepat Jam 11 mlm... kami dikejutkan dengan separa lakonan oleh AJK program.... nak kata lakonan mcm x....nk kata betul mcm lakonan.... hmm... tetapi yg bagusnya,,,yg baiknya.... 2 org sahabt bersaudara tersebut berjaya menyedarkan kami tentang Dakwah yg sebenar.... kata salah seorang dr mereka... "Nak sebar dakwah ni x mudah...(sambil dgn nada suara yg sedih dan gementar)..... ALLAH.... berderau darah kami tatkala mendengar bait ucapan yg dilontarkan......  terkaku jasad memikirkan soal islam yg semakin diinjak2..... terketar tubuh tatkala teringat akan tugas sebagai seorang islam yg sekaligus dipertanggungjawabkan utk berdakwah..... "YA ALLAH apakah yg telah aku sumbangkan terhadap agamamu??"..... setiap ayat ini bermain2 di minda kami..... menyesal dgn apa yg berlaku. dan takut terhadap apa yg bakal berlaku.....

emosi kami ditarik sehingga ke bacaan Doa Wehdah yg bergema di sekitar Surau Habibah..... dan akhir sekali pelukan ukhuwah drp sahabat seperjuangan....semoga ukhuwah kami berpanjangan dan berkekalan hingga ke syurga nan abadi......... amiin.....

:::semoga kita semua dapat melakukan transformasi bersama::
Segala Teori telah diberi...kini tinggal Aplikasi Yg dinanti...... ^_^

Comments

  1. insya Allah..semoga ikatan ukhwah sesama kita berada dibawah lindungan rahmat dr Ilahi
    berkenalan keranaNya
    bersahabat keranaNya
    dan berpisah keranaNya jua

    ReplyDelete

Post a Comment