Sunday, 6 November 2011

R.E.S.U.L.T DAH KLUAR!!



Bismillahirrahmanirrahim......alhamdulillah....alhamdulilllah...alhamdulillah......akhirnya....masa yg paling menakutkan semua student telah tiba......tepat 3 november pukul 4.30 ptg result untuk first sem telah pun kluar....... syukur alhamdulillah di atas keputusan tersebut.... kepada sahabat2 yg berjaya tahniah diucapkan....dan kepada sahabat2 yg kurang berjaya masih byk lagi peluang utk kita berjaya.....semuanya ade hikmah disebaliknya...insyaALLAH...THANKS TO ALLAH........ juga jutaaan terima kasih diucapkan kepada semua letcurer2 yg sememangnya terlalu banyak membantu...semoga ALLAH merahmati dan memberkati kalian semua..... juga x lupa kepada seisi rumah yg telah banyak membantu......terutama dlm menangani msalah stress ni....hehe...(agak stress time nak exam)...kpd roomate yg sangat memahami......juga kepada semua sahabt2 se course...semoga ALLAH melindungi kalian semua hendaknya......

Hmm...Betullah kata orang....
"PERKARA YG PALING MUDAH DLM DUNIA INI ADALAH MENJADI SUSAH, TAPI UNTUK MENJADI SENANG AMATLAH SUSAH"....

akhir kata... kepada sahabt2 yg masih bersedih....la tahzan....... lupakan masa lalu...pandang ke hadapan...dan carilah arah yg baru...sama2 lah kita berusaha dalam mencari redhaNYA....

Dalam Islam, pun tidak dibenarkan orang Islam untuk mengalah. Contoh terhebat, Nabi Muhammad, (s.a.w), sebelum beliau mendapat kejayaan, selama beberapa tahun beliau berdakwah di Mekah, tapi Rasullah (s.a.w) hanya mendapat beberapa pengikut sahaja. Tapi Rasullah tidak pernah putus asa, dan tetap dengan iman yang kuat, meneruskan dakwah, lagilah dengan cabaran dan tentangan yang hebat , tapi sedikit pun tak melunturkan semangat baginda, malah Baginda semakin tabah dan berusaha. Lihat sekarang kejayaannya, berbilion umat Islam di bumi ini dan Islam berjaya berkembang.


Ingatlah pepatah melayu
Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenag-senang kemudian.





jom hayati hadis ni ^_^...(utk penghayatan diri ini juga)



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”Riwayat Muslim