Eidul Adha kali ini!



Saat Matahari turun ke bumi...Bulan pula pantas berdiri... sedang angin panas kian mencengkam diri...angin sejuk pula datang memujuk diri.... itu tandanya, yang cerah akan segera pergi... yang gelap pula kian datang menghampiri...itulah dia lumrah bumi ini... Ah.... hari ini takbir raya bergema lagi.... lembu,unta habis rebah "menyembah" pencipta bumi ini... itulah dia tanda pengorbanan si hamba kepada penciptanya... Subhanallah...jika dihayati cerita di sebalik kejadiannya... Allahuakbar sungguh hebat sekali..

Namun hari ini ada ceritanya yang tersendiri....Sang lembu tak kunjug tiba..si kambing pula tak datang menyapa..akibatnya tak adelah korbannya.. rugi..sungguh rugi rasenya.. mungkin ketandusan lembu agaknya... namun apakan daya.. orang lebih ramai dari lembu, itulah jadinya... biasanya usai solat sunat Eidul Adha..semua sibuk megurus lembu dan kambing yang siap-siap bersedia mengorbankan diri.. namun kali ini lain pula ceritanya... usai solat sunat, terus ke teratak nenda nun hujung di kampung sana..itulah aktiviti di siang harinya..

malam pula menyusul tiba.. usai solat maghrib berjemaah bersama usrah tercinta...kitab Harfiyyah pula lantang dibaca oleh ayahnda tercinta.. kami berempat mendengar penuh tekun... sebelum itu aku bertanya.. "siapakah penulisnya?" lantas dijawab.. "kitab ini dibuat oleh Tok Guru abi dulu..dia bekas Mufti Sabah dan Wilayah..orang kelantan je..tinggal pula di kampung sana".. owh begitu.. diteruskan bacaan bermula dengan ta'awuz...maknanya dibentang satu persatu beserta beberapa hujahan lain yang turut serta memancing minat kami... kemudian diteruskan dengan basmalah...kemudian surah a-Fatihah sebagai pengakhirannya untuk maghrib hari ini.. di dalam pembacaan tadi kuiingat satu perkara yang dipesan.. katanya : " kita memohon pada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus sepertimana golongan-golongan atasan yakni yang terdiri dari kalangan para Rasul, as-solihun, as-siddiqun dan juga as-syuhada'. usai sudah pembacaannya..semua menutup kitab dan ingin mengundur diri,

 tiba-tiba "hah! TASMIT!" arahnya... tersentak kami semua.. "hah! tasmit?" soal adikku.. "yea tasmit semua skali yang dideganr tadi " jawab ayahndaku... "Allah!".. semua terkejut melihat sesama sendiri..... "hah mula dari sini" getus ayahku... adikku mulai tasmit..bicaranya tersekat-sekat kerana perlu dibaca dengan jelas...kalimah arabnya perlu jelas satu persatu..dususuli pula makna melayunya satu persatu.. tanpa kitab! huh..... lepas sudah..

usai semuanya.. dia berpesan lagi.. "Solat ini penting..ramai orang yang solat tapi ternyata tidak solat.. solat tanpa khusyuk...solat x faham ape-ape makna.. solat yang didalamnya tidak ada rasa hamba.. kita mahu solat kita bermakna sebab kita nak sembah DIA..ibarat kita sedang bercakap dan berhadapan denganNya.. sebab itu soal ini penting dan sangat dipentingkan..ayuh simpan semuanya , kita solat isyak pula"..

itulah dia pengisian rohani untuk hari ini.. walalupun nampak simple sahaja..namun, seringkali juga kita alpa tentang perkara yang simple... pesannya juga tadi.. "Cuti-cuti ni timba ilmu agama sebaik mungkin...sebanyak yang boleh...".. jawabku ringkas sambil melirik senyuman.."insyaALLAH"...^_^.. (pesanan untuk sahabt2 juga nehhh)

Pelajarannya untuk kita semua :

1) jangan remehkan benda yang nampak remeh temeh..contohnya surah Al-Fatihah.. walaupun semua orang tahu membacanya tapi x semua yang mampu menghadamnya..

2) walau sudah habis pengajian di university, namun itu bukanlah alasan untuk kita terus mencuri masa diri.. teruskan belajar dan belajar..

3) Fokusss dalam menuntut ilmu... apabila tasmit pastikan kita sentiasa fokuss...klw tak akbiatnya kena marah sama itu tok guru..huhu..

4) apabila kita solat make sure kita khusyuk kalalu tidak ibadah kita sia-sia sahaja..

5) Kosongkan Gelas.. andai sudah kita tahu banyak perkara tentang ilmu itu..jangan malu dan sombong untk belajar lagi kerna ia juga boleh jadi penguat ingatan buat diri.. kosongkan gelas dan ilmu yang ada..terima sebaiknya daripada guru anda..

6) jika selama ini jarang kita gunakan rumah kita untuk majlis2 ilmu...maka bermula pada saat ini hidupkanlah ia dengan suasana taman-taman syurga.. insyaALLAH ada berkat darinya..

inilah cerita Raya kali ini..tanpa lembu dan kambing.. tetapi diganti kepada hari penerapan ilmu...

sharing terakhir... seperti yang terselit dalam buku PELIK TAPI BENAR tulisan Ustaz Zaharuddin.. melalui satu kisah di alam barzakh.. yang mana amalan solat itu dapat melindungi bahagian atas kepala kita daripada apa-apa gangguan yang terdapat di sana.. kiri kanan pula amalan zakat dan juga puasa.. dan  amalan baik yang selainnya memelihara di bahagian bawah atau kaki kita.. itu sahaja.. selamat beramal semua..



Salam Eidul Adha
Kubang Kerian.

Comments