Tuesday, 25 October 2011

SAHABAT YANG BAIK....



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh….

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang telah memberikan kita nikmat Iman dan nikmat Islam. Juga  Selawat dan salam buat Rasul junjungan, insan agung sepanjang zaman yang telah memberikan keseluruhan hidup baginda untuk meninggi dan memperkasakan agama Allah serta para sahabat nabi yang telah bersama-sama dengan baginda bermandi peluh, memercik darah sehingga alam ini dicoret dengan keindahan Islam. Tauladan yang begitu hebat daripada baginda dan para sahabat untuk kita semua terus harungi medan amal Islami yang luas tidak bertepi ini.

“Bila hati bertaut atas rasa CINTA dan KASIH kerana ALLAH, tiada yang lebih berharga lagi di dunia melainkan perjuangan dijalanNya dan apa yang ada di dalamnya… Demi ALLAH, DIA tidak akan meninggalkan pejuangNya ini sendirian menempuh ujian sehinggalah mereka berpaling daripada jalanNya itu. Semoga pertambahan usiamu seiring dengan kematanganmu, seiring dengan kekuatanmu sebagai seorang pejuang Agama ALLAH dan seiring dengan peningkatan hubunganmu dengan ALLAH S.W.T serta Rasulullah s.a.w. Sanah Helwah ya akhawat....semua ini ana tujukan khas buat sahabat-sahabat , teman2 yg sehaluan dalam mencari redha Allah s.w.t..... baik kepada sahabat2 ana di kampus UniSZA mahupun dibumi Maahad Ar-Rahmah kenali ataupun yang sedang bertempur hebat di  mmp,msmp, ataupun di bumi anbiya’(mesir,Jordan )...x lupa juga sahabat yang berada di mana2 sahaja institusi pengajian...semoga ALLAH memberkati kalian semua.....


Bercakap mengenai sahabat, x semua dari kalangan kita betul2 menjumpai seorang sahabat sejati,, sahabat sejati akan sentiasa berada di sisi...walaupun jasadnya terpisah tetapi hati sering bersatu... peranan sahabt adalah untuk saling ingat mengingati, pesan berpesan dan ianya seperti sabda RASULULLAH : Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat,
"Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya".

Oleh itu, jika kalian semua masih belum menjumpai sahabat yang sebegitu…teruskan mencari… amat besar manfaatnya kepada kita apabila dapat bertemankan seorang sahabat yang selalu mengingatkan kita tentang sang pencipta…alangkah tenangnya bila bercakap dengannya…jarang2 sekali lidahnya bercakap soal keduniaan apatah lagi mahu berbicara soal2 yg boleh membawa kpd kemudaratan….subhanallah…ana sudah jumpa….antum bila lagi??? Jika tidak ada,,carilah dari sekarang…mohon kepada ALLAH supaya cepat dipertemukan…insyaALLAH , ALLAH tidak lokek untuk membantu….

Kepada sahabatku, ukhti inTiZaaR : teruskan perjuanganmu di medan jihad…….teruskan mengingati ALLAH sebagaimana idolamu selepas Rasulullah…iaitu Rabia’ah Al-Adawiy….semoga ukhuwah kita kekal berpanjangan sambil dibajai dengan madu keimanan…insyaALLAH…semoga dirimu sentiasa berada dalam jagaaNYA….Engkaulah sahabat sejati…dunia akhirat..

Juga kepada ukhti Mariam : Teruskan misimu untuk terus mencari ilmu ALLAH…. Kita dipertemukan hanya seketika…..tetapi perpisahan ini baik untuk kita…walaupun ada2 arah yang berbeza…tetapi sebenarnya kita hanya menuju pada satu arah sahaja…..semoga ianya Berjaya dicapai atas kehendaknya..masa kita masih belum berakhir…tetapi ianya masih belum bermula…ayuh!! Bangunlah wahai sahabat!! Sama2 kita berjuang dalam mencari keredhaaNYA…… semoga ukhuwah kita sentiasa terpelihara…ingatlah aku selagi mampu….semoga dirimu terpelihara dlm naungan ALLAH selalu…

Kepada ukhti najah : sesungguhnya engkaulah sahabat yang setia bersamaku…berjihad dlm gerakan dakwah islamiah…langsung tidak mengenal erti tewas dan kalah…..namun….hari ini suatu musibah telah berlaku kepadamu..walaupun ia hanya disebabkan kedengkian orang terhadapmu….. yang menyebabkan dirimu jatuh dan terus jatuh…..wahai sahabat,,,,,, jangan risau,,sesungguhnya ALLAH ada bersama denganmu….jangan risau wahai sahabat…ALLAH itu maha berkuasa…jauh lebih berkuasa dari makhluknya..mintalah kepadaNYA….insyaALLAH akan ada penyelesaianya nanti.. jangan berputus asa dari terus meminta…..bersabarlah….sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar…

Kepada sahabat yang lain….’asif jiddan sekiranya nama antum tidak tercatat pada ruangan di atas….tidak mampu rasenya untuk ku selitkan semuanya di sini….namun,,, jangan risau…nama kalian juga insyaALLAH masih jelas di sanubariku…… ape yang boleh kunuqilkan kepada sahabt2 semua ialah….jangan pernah kita lupa kepada sang pencipta………Jadilah sahabat  seperti yang dipesankan oleh Rasulullah…. Janganlah kita menjadi sahabt yang tidak baik… seperti mana sabda RASULULLAH :

Sahabat bertanya lagi, "Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?"
Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat."
…..


Itulah dia wahai sahabat…janganlah kita tergolong dalam golongan sahabat yang tidak baik….. demi menjaga sebuah persahabatn, kita sanggup melihat dia dalam keadaaan berdosa,,,,,jika lihat sesuatu kemungkaran maka nasihatlah dia dengan cara yang baik…sesungguhnya dia adalah sahabat kita…dan janganlah kita selalu berbicara soal duniawi sehingga lupa soal ukhrawi….kedua2 nya perlu diseimbangkan…..di mana sahaja kita berada,,ingatlah kita kepada ALLAH…

 


No comments:

Post a Comment